Jannah-mate Insya Allah

Thursday, May 3, 2012

Berbicaralah padaNya


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t.

Sume sihat?
iman camne hari ini?
kaifa imanuk?
wo0kay?

hari ni nak cakap pasal doa...
berdoa?
senang kan berdoa
tadah tangan pastu bla3
keluar sume doa-doa arab, ayat-ayat ma'thurat
tapi
kita faham tak apa yg kita doakan?
hmmm
and yg penting
kita hayati tak doa kita?
dan adakah dengan penuh pengharapan 
mengharapkan doa itu dimakbulkan?
dan HATI
yakin tak yg insyaAllah satu hari nanti akan dimakbulkan?
atau
sekadar mengaminkan sahaja? ><

pernah tak kita try berbicara dengan tuhan?


kita sume tahu Allah tu Maha Mendengar
tapi Allah dengar time kita tadah tangan and berdoa je ke?
tidak~
tadah tangan tu kan sunnah je
yg pasti, Allah mendengar semua yg kita bicarakan
walau dalam bahasa apa sekalipun
nak cakap jowo pong cakaplah
sebab Allah Maha Mengetahui, Maha Memahami dan Maha Mendengar
termasuklah apa yg terlintas di HATI

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka sesungguhnya Aku(Allah)sentiasa dekat. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran.
(Al-Baqarah: 186)

tak kesah laa cakap dlm hati ke
atau cakap sorang2 ke
lagi-lagi kalau kata-kata tu memang luahan kpd Allah
mesti Allah gembira mendengar luahan hambaNya
walaupun Dia Maha Mengetahui segalanya
kerana Dia ingin mendengar rintihan hamba-hambaNya 

kadang2 bila hati sedih :'(
cubalah berbicara padaNya:
Ya Allah, kenape aku sedih?
Ya Allah, hambaMu ini lemah, bantulah aku.
Ya Allah, hanya Engkau yang mempu memberi ketenangan kepada HATI ini.  
Kalau kita suka kat seseorang
berjihad lah dgn cara memendam perasaan
jangan begitu senang mengungkap cinta
jika belum pasti dia yg tercatat untukmu di Luh Mahfuz
jika belum pasti dia yg akan kamu nikahi
jika belum pasti dia temanmu di syurga
berbicaralah padaNya
luahkan yg berat tersirat
istikharah dan jihad
cari jalan yg berkat
semoga pengakhiran itu rahmat

[kopipasta]

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada 
seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, 
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu. 

Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh 
hati seseorang yang hatinya bertaut padaMu, agar aku tidak terjatuh 
dalam jurang cinta nafsu yang menipu. 

Ya Rabbana, jika aku jatuh cinta, jagalah hatiku padanya 
agar tidak berpaling daripada hatiMu. 

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang 
merindui syahid di jalanMu. 

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah 
kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat 
di sepertiga malam akhirMu. 

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih 
dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia padaMu

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
 jangan biarkan aku melampaui batas 
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki 
dan rindu abadi hanya kepadaMu.

dan andai terdetik melakukan kemaksiatan
contohnya terdetik dalam HATI nak 'dating'
berbicaralah padaNya:
Ya Allah, mesti kau marahkan kalau aku buat benda niRasulullah pun mesti tak suka.
insyaAllah
kita akan membatalkan niat tak baik kita tu

Berkata Ibnul Qayyim al-Jauziyah, “Allah SWT cemburu terhadap hati hamba-Nya yang mengabaikan cinta, harap dan takut kepada-Nya, dan ada sesuatu yang lain di hatinya selain Dia.”
berbicaralah walau pada awan
beristighfar di kala keseorangan
merinduiNya walau ketika keramaian
tebarkanlah pandanganmu pada langitNya
lihatlah bukit-bukau yg menghijau
gunung-ganang yg teguh memasak bumi
dan
BERBICARALAH PADA TUHANMU YG MAHA MENDENGAR
berbicaralah
walau sekadar mengungkap di dalam hati
Ya Allah, aku nak berubah jadi baik
Ya Allah, satu hari nanti aku nak tutup dan pelihara semua auratku keranaMu
Ya Allah, bantulah aku
berbicaralah dgn Tuhan
kerana
hanya dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang



p/s: jangan lak time sujud terakhir dlm solat, kamu sume doa dalam bahasa melayu.. nanti batal, sebab solat kita kan dalam bahasa arab.. klau nak doa, doa dalam hati yea.. Allah maha mendengar~

~sesungguhnya, seseorang hamba itu sangat dekat dengan Tuhannya semasa sujudnya~
(au kama qaal)

Ilham hati:
 saya manusia...
fitrah ingin dicintai seorang ajnabi...
tapi, kuilhamkan padaNya kata-kata:
Ya Allah, aku jaga diri aku kerana Engkau. Bantulah aku menjaga diriku.
 pastu memandang ke langit (I love the sky, seriously
dan berbicara pula pada diri
*my favourite quote
Telah tercatat seungkap nama untukmu di Luh Mahfuz, 
peribadinya bergantung pada ketinggian peribadimu, 
selagi engkau tetap di jalanNya, 
insyaAllah si dia akan turut di jalan yg sama
dan kuyakin dengan janjiNya,
aku yakin dengan janjiMu, Ya Allah
"a good guy for a good girl"
and Alhamdulillah terbatal keinginan tu
so
my aim now and 4eva insyaAllah! 
cinta after nikah ^^
wish me luck

...Wallahu Taala A'lam & Alhamdulillah...


2 comments:

Zubaidah said...

kdg2 ade gak la cm pts asa ngn hidup... xdpt apa yg sy nak, n selalu buat silap yg salah... tp alhamdulillah, sy x pernah lupa doa pd Allah

Cik Hati Rapuh said...

Alhamdulillah :) Allah tak pernah tinggalkan hamba-hambaNya. kita je yg slalu lupa kat Dia. Astaghfirullah~

Post a Comment