Jannah-mate Insya Allah

Thursday, March 28, 2013

Sut Ali yang Beraura Negatif?

بسم الله الرحمن الرحيم


#memaksa diri untuk menaip.

hari ini mahu cerita pasal Sut Ali yang Bertenaga Negatif. lalalala~

"Sut Ali"?
Tuxedo kah?
kimono kah?
atau sut Superman yang dicuri Ali?
maka hipotesis kita...
Ali adalah Superman?!!
(ok fullstop! melalut selepas minum secawan teh hijau.)

Tuesday, March 19, 2013

9 years

بسم الله الرحمن الرحيم

*post tidak menambahkan kefahaman Islam. post biasa-biasa. sila jangan baca.

tadi telefon mama
bual-bual tanya khabar
nak skype
tapi terputus-putus
last-last hanya berbual melepas rindu
menggunakan Voip lah yang pasti
sebab skype seperti cemburu dengan kami
huh~

"ma nak kakyong balik tak tahun ni?" (bertuah punya anak tanya soalan camnih)

*senyap

"ma nak kakyong balik ehhhh~" (buat-buat happy)

"suka hatilah. mama tak nak paksa kalau kakyong nak rasa puasa di sana"

"kakyong balik kot. macam balik je"

dan senyap yang lama first tadi buat keputusan aku goyah
keputusan untuk tidak pulang beraya seperti sunyi
tidak berkobar-kobar
was-was seperti beberapa bulan kebelakangan ini

*sirah hidup yang tak femes. huh

bermula ketika diri baru 9 tahun
dalam keadaan bertatih menjadi remaja
berjauhan dengan wanita bergelar ibu
walaupun hakikatnya setiap bulan balik dalam sekali dua
tapi
tipulah
kalau semenjak 9 tahun tu
dan tahun-tahun selepas itu
tak membentuk 'seseorang'
dalam someone yang bernama Aimi Asrina

keras
degil
trying to be the best for my mom
tryig to survive as a girl and a sister
distance away
di hujung selatan Malaysia,
5 tahun yang mengajar di hujung tambak Johor
more than 300 km

siapa sangka
budak darjah 3
yang berjauhan dengan ibunya
kini sudah di Mesir
dan
sekali lagi
berjauhan dari ibunya
dan kini
sudah 20 tahun
(memang suka kan main jauh-jauh)

20-9=11

sudah 11 tahun
buat eksplorasi hidup berjauhan
11 tahun itu sekejap yang pahit
tapi manis yang lama
11 tahun yang mengajar
(tapi, tak tolak balik raya, balik hujung minggu, balik cuti akhir tahun la eh. hoho. ini semua poyo namanya)

ketika 9 tahun
itu paksaan
ketika 20 tahun
ini pilihan

dan mungkin 'jauh' itu yang buat semuanya indah
sebab rindu itu kan indah

terima kasih Allah
kerana mengurniakan aku ibu yang sentiasa kuat
dan menguatkan anaknya ini
yang lembik dan lembab
haih~
(mengeluh itu tidak baik. aku sendiri tidak suka mendengar manusia mengeluh sampai keluar bunyi haish, hoh, arghhhhh, alaaaaa~ tembak kang! senyap sikit! hoho)

tapi
aku tahu
kekuatan ini
kesemuanya
hanyalah dari-Mu
kerana-Mu

kekuatan kini
bukan kekuatan yang dulu
kini
ianya ditemani
keanggunan biah
pahit manis tarbiyah
ikatan ukhuwwah
dan cinta Allah

Ya.
kerana Allah cinta
kerana 'itu' tarbiyah itu ada
yang baru aku fahami ertinya kini
membuatkan aku tetap ke depan
kerana aku ada Dia
kerana Dia sentiasa ada

dan setiap kali
aku terbaca hadis
tentang seorang wanita yang tinggal
dengan 2 atau 3 anak perempuan atau saudara perempuannya
dan bersabar dengan kerenah mereka
akan dikurniakan ganjaran tinggal di Syurga bersama Rasulullah,
aku akan sedih T.T

mampukah
mama dapat ganjaran itu
walaupun aku duduk jauh-jauh? sobs2

Moga Allah kurniakan mama syurga. Allahumma Amiiiin~



#Time esok nak exam physio lah kau nak tacing2 en. Dush3
#I did wrote "jangan baca"!


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Sunday, March 10, 2013

Of Sabar

بسم الله الرحمن الرحيم
[kredit pokcik Google]

Hakikat sabar, 

satu anugerah yang tidak mampu dimiliki oleh manusia-manusia biasa.
kerana
bukankah Syurga itu dipagari dengan kesusahan
dan BERSABAR itu suatu benda yang susah, bukan?

koff koff
*berhabuknya blog ni. almaklumlah, blog futur. erk~

dalam al-Quran sendiri ada mencatatkan...

orang yang sabar 20 orang mampu mngalahkan jumlah yg lebih ramai.


orang yang sabar 100 orang mampu mengalahkan jumlah yg lebih ramai.

orang yang sabar 1000 orang mampu mengalahkan jumlah yg lebih ramai.

syaratnya apa?

SABAR.