Jannah-mate Insya Allah

Thursday, September 13, 2012

Lelaki Cantik?!!

بسم الله الرحمن الرحيم

"Aimi, which one is more beautiful? Male or female"

"Female....... I guess."

"Hmmmm. I think, god created male more beautiful than female. Don't you think so?"

*buat muka pelik depan teacher. Tak jeles. Cuma tak tahu nak gelak ke nak senyum.

"If you look at the animals. Which one usually more beautiful. The male or the female? How about a peacock? The male or the female?"

"The........ male?" 

*muka yakin tak yakin

"Yes. That's true. How about... lion?"

"The male..."

*muka membayangkan rambut kembang pok cik singa. hehe. betul lah. Singa betina hanya seperti kucing besar. Tapi jika dihayati pada penciptaan singa jantan, sebenarnya sangat sangat sangat unik. Especially style hair dia yang kembang-kembang. Betul tak?

and the conversations go on and on. Lots of information I got on that day. Happy.


A peacock with it's beautiful feathers (male) behind the peahen (female), wooing.

<Kenangan lama berbual dengan teacher Ammani. Rindu.>

...............................................................................................................

Kadang-kadang berfikir, kenapa Allah cipta begitu. 

Betul ke lelaki lagi cantik dari perempuan?
Heh. 
Bunyi macam tak puas hati.
Tapi sebenarnya tidak.

Selalu terfikir.
Kalau kita tengok TV lah kan

Kenapa lelaki, pakai jubah putih, kopiah putih
dah boleh dikira smart?

Kenapa lelaki, just pakai baju raihan satu colour, 
and sepasang seluar hitam (ofkos la hitam satu colour en, tak kan ada polka dot putih pulak)
dah kira kemas?

Kenapa lelaki pakai jeans, t-shirt belang-belang
yang kadang-kadang design belang-belang tu dah berapa dekad ulang pun
they still look smart and fresh?

Hmmmmm~

Selalu berfikir.
Kalau kita tengok kat TV lah kan

Kenapa perempuan pakai make-up baru kita kata cantik?

Even guys don't use make-up pun
Still look charming (eheh?)

Kenapa perempuan kena pakai jubah warna terang-terang
baju ada shape, ada kembang-kembang
bling bling manik kilau-kilauan terang
baru dikira menawan?

Baju lelaki kadang-kadang kemeja je
tambah kot hitam dah nampak smart
Kadang-kadang baju raihan
Kadang-kadang simple berjubah putih

But still, they look just fine.
Tak perlu baju ada shape
Tiada manik bling bling
Tiada kembang-kembang
Just fine.
Ada baju yang straight je sampai bawah. 
for example, jubah (ofkos lah jubah).

Kenapa perempuan kalau pakai tudung bawal pin straight ke bawah je,
dikira out of style?

Kenapa perlu style tudung Najwa Latif baru dikira comel?

Kenapa perlu shawl lilit-lilit kepala baru dikira ayu?

and then.
kenapa kedai lebih banyak jual baju perempuan daripada baju lelaki?
Adakah kami ni, cantik sebab baju yang cantik?

.........................................................................................................
"Darling, you cantik la hari ni" -someone's husband
sebab apa?
sebab hari tu baju cantik.
hari lain tak cantik.
kikiki
annoying betul =.=

kenapa perempuan kena pakai pin bunga-bunga baru nampak cute?
lelaki pakai serban tak payah pin ultraman pun?
hehe.

kalau model iklan kan
tengok yang lelaki, simple je.
pakai baju kemeja kotak-kotak, spec hitam
buat gaya berjalan ala-ala james bond sikit
dah smart.

kalau model perempuan
kenapa bajunya perlu terdedah sini sana?
bibir merah, bulu mata melambai-lambai
bajunya berenda-renda 
baru dikira cantik menawan?

Lelaki smart, tertutup, kainnya cukup
wanita pula kenapa perlu didedahkan tubuhnya sini sana?
tak faham den.

.....................................................................................

dan 
kenapa bidadari lagi cantik dari wanita?
wanita ni tak cukup cantik ke?
hehe
tak pernah dengar pulak tentang bidadara.

wildan?
pernah ke dengar wildan tu lagi hensem daripada lelaki-lelaki di dunia.
tak kan.

I've read somewhere
Keinginan lelaki pada wanita lebih kepada nafsu
Keinginan wanita kepada mempunyai anak kerana perasaan penyayang
It's fitrah!

That's why Allah kurniakan bidadari kepada lelaki di syurga sebagai teman
dan wildan yang dikatakan sebenarnya adalah anak-anak lelaki muda remaja
untuk menggembirakan hati perempuan (yang fitrahnya mempunyai naluri seorang ibu).

....................................................................................................

Cantik itu subjektif?
Yeahhhhh. Boleh terima alasan ni.

Tapi.
Kalau difikir semula

Kenapa Nabi Yusuf termaktub antara manusia yang paling hensem?
Kenapa seorang lelaki?
Kenapa tidak seorang wanita?

Opppppps~
Saya bukan mempertikaikan al-Quran okeh :)
Hanya mencari bukti 
bahawa 
guys (*duhh) more beautiful (yelah tu) than women (seriously?)

are you kidding me?

Allah Taala
dah ciptakan kita secantik-cantik, sebaik-baik ciptaan
Alhamdulillah
dan bersyukurlah dengan kecantikan diri anda
believe in yourself
be yourself
 and be beautiful!!!

"don't need make up to cover up, being the way that you are is enough... you don't know you're beautiful... that's whats make you beautiful!"
-What Makes You Beautiful, One Direction

kalau rasa tak cantik, 
rasa tak ada orang yang nak =.='
ketahuilah
setiap orang sudah ditentukan jodohnya oleh Allah
tidak di dunia
insya Allah di syurga
hehe (ke situ pulak)




DUNIA adalah PERHIASAN.
dan SEBAIK-BAIK PERHIASAN
adalah WANITA SOLEHAH.

dan

yang paling indah adalah pakaian TAQWA

wAllahu Ta'ala A'lam

*peace yo
say Alhamdulillah
saya hanya ingin mengajak anda bersyukur
dengan setiap inci anggota badan anda yang telah Allah kurniakan
tiada perlu maintenance tambahan dan servis penambahbaikan
and plus tiada sewa bulanan bahkan cukai tahunan
jaga makan, jaga kesihatan, jaga iman
and yang penting, jaga hubungan dengan Allah!!!
saya tahu Dia sayang kamu.
so, sayangilah Dia.
Jaga solat taw!!!




Coret-coret:
Idea datang selepas seronok mendengar qasidah Ya Hanana di TV al-Hijrah ketika program Cinta Masjid. Kelihatan kaum lelaki hanya simple berjubah, berkopiah, ber t-shirt dan berkain pelekat. Tetapi kaum hawa? Shawl lilit-lilit dengan pin tudung yang bergemerlapan, jubah berkelip-kelipan. Hehe. Tapi still, saya sayang kaum hawa ^_^ Behind every succesful man, there's a woman, right?!!! huhu



sollu 'alan nabiy

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

6 comments:

D r . A I D A said...

ya.. can't agree more :)

The world and all things in it are precious, and the most precious thing in the world is a virtuous woman

(Ahmad and Muslim)

kaum hawa 'precious', bagi la 'gorgeous' utk kaum adam. ngee~

Syahira. said...

nak jadi sebaik-baik perhiasan tu. tapi kena ada sebaik-baik mujahadah jugak la gitu :D

ibn lail said...

lelaki tak mengekspresikan yang di mata lelaki.
sebab tu lelaki nampak lagi "cantik".
bagi lelaki, perempuan cukup sekadar bersih.
sudah dikira cantik.
sebab tu tiada istilah perempuan paling cantik.
sebab semuanya cantik-cantik.
rujuk description bidadari.
cukup Quran jelaskan yang mereka belum pernah disentuh.
sangat "cantik" bagi lelaki.
perempuan nak make-up sebab nak nak nampak cantik depan perempuan.
bukan lelaki.
sedang biasa-biasa pun molek dah.
ramai yang terlebih paranoid, sebab definisi cantik di mata perempuan itu kompleks bagi kaum mereka sendiri.

kesimpulan?
artikel ni berat sebelah.
sebab menggunakan "cantik" dalam definisi seorang perempuan.
commentator pun setakat ni perempuan eh akhowat je :D

ok, jadi nak tinggalkan suatu persoalan.
definisi cantik?
sekadar sex appeal or more than that?
binatang jantan bersaing dalam penampilan kenapa?
kenapa binatang jantan tak kisah pun macam mana condition binatang betina tetap bergaduh?
kenapa al Quran tak statekan perempuan cantik?
bahaya tuh. (rujuk artikel engineering vs aurat :) )

btw, seronok lelaki kena puji dalam artikel ni, terima kasih la ye..hoho.

Cik Hati Rapuh said...

akhawat precious (^_^), ikhwah gorgeous (errrr~)

Cik Hati Rapuh said...

yep. syurga dipagari dgn kesusahan. sbb tu hanya manusia hebat yg mampu masuk ke dalamnya. JOM jadi akhawat yg hebat! :) shasha kena jadi murabbi saya. hehe

Cik Hati Rapuh said...

hehe. guna perkataan 'cantik' sbb direct translate :)

persoalan?
cantik for me, based on the eyes of the beholder
jika cantik based on nafsu, dunia kelihatan cantik
jika hati sudah dilingkari cintaNya, maka bukan lagi mata yg melihat dan menganalisis kecantikan, tetapi hati, therefore, dunia pun tidak mampu menandingi.

kesimpulan. Allah maha cantik :D

*rasa terketuk bila penulis kena rujuk artikel dy sdr nampaknya. hehe

hanya ingin ajak berfikir secara out of the box (menyesal puji. haih~)

Post a Comment