Jannah-mate Insya Allah

Friday, October 5, 2012

Bantahan Berhikmah

بسم الله الرحمن الرحيم

Terdapat satu hadith yang mengisahkan Rasulullah menasihati para sahabat dengan mengulang 2 perkataan ini secara tiga kali berturut-turut iaitu:

لا تغضب!

maksudnya: Jangan marah!

Subhana Allah.

Apa pandang-pandang? Nak kena tembak?


Membantah secara berhikmah.
Sedari dulu lagi, saya sering berfikir kenapa sahabat-sahabat saya di sekolah menengah dahulu sering tidak bersetuju dengan pendapat saya (walaupun pendapat saya tu agak bernas sebenarnya. >.<)

A habit of mine that make some brave people say like this to me:
"kau dengar dulu pendapat orang, Aimi!" 

(woooooo~ rasa macam kena bom)

tabik spring la sesiapa yang boleh buat Aimi terdiam dan berfikir. huh.

I kept thinking at which part I made wrong until one day, masuk kelas PLKN, kelas Character Building.
"pendapat awak itu bagus tapi, saya rasa lebih baik jika kita buat begini.............."

Hari itu saya belajar untuk membantah pendapat orang lain secara comel dan berhikmah. Baru tersedar selama ini teknik saya membangkang dan membantah sungguhlah tidak adil tuan arif. Kesian sahabat-sahabat saya yang selama ini mungkin ada yang berkecil hati dengan cara saya tidak bersetuju dengan pendapat mereka.

Patutla diorang tak nak terima pendapat saya. Salah saya kerana menolak pendapat orang dulu macam machine gun. Main tembak je.

Dan dalam meniti alam dewasa ini (ceeeeewah~) hasil daripada pembacaan dan kelas-kelas sirah Rasulullah yang dihadiri (Alhamdulillah), saya dapat kesan cara yang sungguh osem ketika nabi bermuamalat or memberi pendapat lain.

Means, bila kita memberi pendapat baru, dalam masa yang sama kita sebenarnya sedang membantah pendapat orang. Cuma yang membezakannya adalah cara kita memulakan ayat ketika memberi pendapat.

Dalam banyak keadaan, Rasulullah tidak terus membantah secara terbuka (senang cerita takde perkataan "saya bantah Yang Arif!" *muka semangat). Apabila para sahabat berbuat salah, Rasulullah akan mengambil pendekatan menerangkan secara berhikmah penyelesaian yang lebih baik.

hmmmmm~ Saya tidak pernah dengar kisah bahawa Rasulullah mengatakan "pendapat kamu salah" atau "apa kata kita buat macam ini" kepada para sahabat.

and ofkos lah Rasulullah tidak menggunakan ayat kelas PLKN tu.

sebaliknya, Rasulullah akan terus memberi penerangan dan penyelesaian baru.


Pembantah VS yang dibantah
Persoalah: Apabila kita dibantah secara terang-terangan. Adakah kita akan bersetuju dengan orang yang membantah kita? Mesti rasa geram kan kan kan. Rasa nak gigit je kepala orang yang membantah tu. (erk~)

Eventho, pendapat kita agak membosankan, berat sebelah or maybe agak kurang gula dan asamnya. Pendapat yang tak masuk akal lah senang cerita.

Jika yang dibantah terasa hati, dia ada hak untuk berasa geram jika pendapatnya ditolak secara mentah-mentah tidak berhikmah. Dia manusia.

Jika yang membantah marah kerana pendapatnya tidak diterima kerana rasa pendapat yang dibantah tidak masuk akal lalu membantahnya secara direct, kamu tiada hak untuk marah. Salah kamu kerana membantah secara menembak.

Sedangkan yang dibantah pula adakalanya lebih sanggup mempertahankan hujahnya yang agak-agak macam semput tiada sokongan pernafasan asalkan tidak dimalukan oleh si pembantah. Dia tahu je pendapat dia 'agak tak masuk akal'. Dia manusia. Sila faham.

Tapi, untuk kedua-duanya, si pembantah dan yang dibantah, silalah jangan marah.

Kerana marah itu mampu menjadikan kita ibarat binatang.

Menghempas barang-barang, bergayut-gayutan and then terjun bangunan, even membunuh orang! Na'uzubillah. but I'm saying the truth, right?

ofkoslah syaitan gembira melompat riang melihat manusia berbalah sesama sendiri yang adakalanya untuk masalah remeh sahaja.

Sebab itulah antara pahlawan terhebat adalah manusia yang mampu mengawal marahnya.
Apelagi, bila marah, ambil wudhu' cari Dia. Dia tahu perasaan kamu.

Coret-coret:
Imam Al-Ghazali pernah mengatakan bahawa pendapat manusia itu tidak pernah betul dan tidak pernah salah. Selagi ianya tidak melanggar syariat, ianya tidak sesat. (ni ayat saya, ucapan Imam al-Ghazali yang sebenar carik sendiri sebab panjang sangat. tak ingat.)

So, jika anda membantah, berilah pendapat secara berhikmah!
Hormatilah pendapat, kerana lidah yang menuturkan pendapat itu sebenarnya manusia yang berusaha untuk memanfaatkan dirinya dalam sebuah perbicangan.

saya? saya sedang belajar untuk menjadi pendengar yang baik :)

Kepada sahabat-sahabat yang pernah saya sakitkan, kecikkan, lipat-lipatkan buat origami hati mereka, saya minta maaf. sangat sangat sangat. Aimi Asrina hanyalah manusia yang lupa dan lupa dan lupa dan ingin sentiasa belajar menjadi yang lebih baik. Minta maaf. Minta ampun. Harap dapat bersama kalian di Jannah. Allahumma Aaamiin~

#Discussion? Tension? It is just a part of ujian from beloved Him.



Sollu 'ala an-nabiy

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

2 comments:

Amalin Shafirah Tuan Mahadi said...

saya rindu aimi asrina~

Cik Hati Rapuh said...

wuuuuu~ sy rindu nak dgr bicara cintaNya dr amalin :')

Post a Comment