بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum.
diceritakan suatu hari Amru Khalid (orang hebat Mesir) bersolat di masjid bersebelahan seorang pemuda. Seusai sahaja mengangkat takbir, pemuda tersebut terus-terusan menangis dengan kesedihan yg teramat.
Selesai solat, keterujaan Amru Khalid untuk mengetahui sebab mengapa pemuda itu menangis tersedu-sedu menebal. Sedangkan pemuda tersebut baru shj mengangkat takbiratul ihram. Walhal, bacaan al-Fatihah atau ayat2 al-Quran yang menggetar jiwa belum lagi kedengaran.
Apabila ditanya kenapa pemuda itu menangis sedangkan dia baru shj mengangkat takbir, jawapan pemuda itu ternyata sungguh menggetar jiwa:
"aku takut aku tidak menghayati ungkapan 'Allahu Akbar!' (Allah Maha Besar) ketika mengucapnya." (lebih kuranglah dialognya begini)
Buku "Ibadah yang Menakjubkan" karya Amru Khalid |
hebat sungguh pemuda itu.
#ALLAH MAHA BESAR bukan sekadar sangat besar tapi SUPER INFINITY BESAR, yang memiliki nama-nama yang indah jika dihayati :) Dengar lagu Asma Allah oleh Sami Yusuf pun best!
#Dia yang maha Agung, maha Mulia, maha Menghinakan manusia (manusia yang melampaui batas), maha Memuliakan (hamba2 ahli Syurga. insyaAllah dari kalangan pembaca post nih. Aaamin ^_^)
#Solat itu dapat mencegah diri daripada kemungkaran. Tak tutup aurat sempurna, cek solat. Tak jaga perkataan yg keluar dari mulut, cek solat. ect.
(saya juga hamba yg byk dosa, JOM BERUBAH JADI BAIK!!! yosh!!! :)
May ALLAH bless~
Sollu 'ala an-Nabiy
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم
No comments:
Post a Comment