Jannah-mate Insya Allah

Wednesday, May 16, 2012

Engineering VS Aurat

Bismillahirrahmanirrahim...

Jam 0630, Sayyeda Zeinab 

Mood: mengantuk baca upper limb -.-
Teringat cerita lawak fitrah tentang aurat yang diceritakan oleh my beloved ro0mate kat INTEC. 

Kenapa saya kata ianya, cerita lawak fitrah? Sebab, ianya LAWAK dan ianya FITRAH. Jom baca :)

Asrama Cemara-INTEC, Shah Alam 2011
Love Perhaps: Eh3, Aimi, Aimi. Nak dengar cerita tak? (sambil melambai-lambai kedua-dua belah tangan seperti mengipas saya. Gaya kami berdua kalau nak start bercerita ><)

Me: What? *giggle

Love Perhaps: Tadi dekat kelas, Ustaz Ridha tanya, "Kenapa aurat perempuan lagi banyak dari lelaki?"


Me: So? Kenapa?

Love Perhaps: Ustaz tanya budak perempuan, "Bagi satu nama artis lelaki yang hensem."

Kitorang pun jawab, Brad Pit!! Brad Pit!! ==' (hensem ke? haha)

Me: and then? haha.
(I like the way she story telling XD)

Love Perhaps: Lepastu, Ustaz suruh bayangkan scene nih. "Cuba bayangkan, Brad Pit pakai singlet lubang-lubang nampak pusat, seluar pendek paras peha sedang berjalan. Hensem kan~ Hensem kan~" (sambil Ustaz buat muka beriya cakap hensem. haha)

Satu kelas MEJ 3 gelak2. Lelaki dan perempuan semuanya gelak.

Semua: Eeeeuuuwww~ Taaaaaakk~

Ustaz Ridha: Okay, bagi satu nama artis perempuan yang cantik pulakk.

Budak Lelaki: Queen Rania~ Queen Rania~

Ustaz Ridha: Haaaa~ Sekarang, bayangkan pula, Queen Rania pakai macam mana yang Brad Pit pakai.
 

Budak Perempuan: Eeeuuuwww~

Budak Perempuan gelak2 sakit perut. Wakaka~


Budak Lelaki???


Budak Lelaki, SENYAP, SUNYI, DIAM.



Ustaz Ridha: Haaa~ Tengok tu. Tengok tu. Budak lelaki tengah membayangkan. Imaginasi mereka yang lelaki ni tinggi. Sebab tu aurat perempuan lagi banyak dari lelaki.

Love Perhaps: You know what? **** (budak lelaki yang nakal dalam kelas) pun senyap. Hahahaha.

Me: Really? XD Hahaha

Love Perhaps: Tulaaa~ Bila semua budak lelaki senyap, kitorang pun cakap, "perghhhh~ **** yang bising tu pun senyap. Patutlaaa~"

gelak3.
ending. and we live happily ever after till Jannah. insya-Allah :) haha. Rindunya mok cik sorang nih <3 

Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak 
perempuanmu dan wanita-wanita Mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan pakaian ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu lebih baik, supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." 
(Al-Ahzab: 59)



Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menarik kain tudung mereka menutupi dada mereka.(An-Nur:31)

When I said, when Allah said, kita yang perempuan kena tarik kain tudung menutupi dada, pasti akan ada yang mempersoalkannya. Termasuklah adik-adik di SMKAJB dulu  -.- hmmmm~

Reaksi #1: tutup paras ni tak cukup ke? (menunding ke tudung yang diselimpangkan ke kiri dan kanan bahu. Tudung yg paras-paras cukup atas dada @ bawah clavicle. tahu clavicle tak?


di mana clavicle anda yang comel tuh? :)

Saya? Saya senyum :)
"Guys are different la babe" seriously, trust me :)



you know why guys lagi ramai kat course engineering rather than other courses? Sebab imaginasi diorang kuat. Engineering or architecture dengan imaginasi yang tinggi tidak boleh dipisahkan.



Sebut je nak rumah apa, bangunan apa, or apa-apa objek, diorang boleh zapppp~ keluar terus bayangan dalam otak.


They can imagine things with their eyes OPENED!!!

and...

That's why Allah suruh labuh-labuhkan dan longgar-longgarkan baju.

So that, ciptaan Allah yang cantik pada tubuh wanita itu dapat dilindungi dari mata-mata dan hati-hati yang lalai~


dan...

supaya kita boleh tolong ikhwah jaga hati dan pandangan diorang :)



Yeee~ 
Pakai tudung selimpang tu memang laa dah tutup aurat
tapi... 
TAK SEMPURNA :) 
sebaaaaab~ 
nampak bentuk dada... (Alamak malunya nak cakap taip ><)
nanti diorang (lelaki) akan berimaginasi


Persoalan: sanggup anda membiarkan tubuh anda diimaginasikan?



Why girls tak ramai kat course engineering?

Because we are not good at imagination. 


But we good at berangan >< kih3 

Sapa yang paling banyak tulis novel cintan-cintun? 
Jawab. Jawab. Perempuan kan~



Ce tengok kartunis. Siapa yang conquer?

Le. La. Ki. a.k.a. IKHWAH!!!

because...

THEY ARE GOOD AT IMAGINING THINGS :)

tapi... 


ade je akhawat @ girls yang hebaq dalam course engineering and jadi cartunist. Contohnya, Kouru!!! je...

sikit je en. Itu anugerah Allah kat diorang laa :) 



Siapa lagi terer Physics? Lelaki~

Why?

Physics kan nak kena bayang banyak benda.

Momentum barang jatuh. 


Pressure of the depth of water for a different shape of an object.

Bernoulli's Perinciple (arah dan had laju laluan angin memberi kesan kepada different pressure outside and inside???)

bla3 <---- Tanda2 orang dah lupa tajuk-tajuk dalam physics



Siapa lagi terer graphics?

Guys~ =='

Why?

They need to create a creativity by IMAGINING first. 




Reaksi #2: Perempuan memang kena pakai tudung labuh/ jilbab yang bulat tu ke?

Let me make this one clear...

Islam bukan agama anti-fesyen.
 Islam agama anti-aurat dan anti-tabarruj.
-Fatimah Syarha, sebarkanbahagia.blogspot.com (au kama qaal)

Shawl, tudung awning, tudung bawal, tudung Arianee, tudung Turki, tudung labuh, tudung saji, bla3

Semua tu tak salah kalau nak pakai~

Yang salah adalah CARA PEMAKAIANNYA!!!



 

tanya diri balik

ikut syariat ke tak?
Allah suka ke tak?
Menutup aurat ke tak?
Dapat menjaga pandangan dari lelaki ke tak?

Kalau pakai tudung bawal, tapi jarang..
Tak tutup aurat jugak~

Kalau pakai shawl, labuh, tutup bahagian dada depan dan belakang badan, tapi bahagian tepi nampak..

Tak sempurna jugak~

Kalau pakai tudung labuh, tutup depan, belakang, tepi dada dan badan, tapi pakai baju ketat ><
Tak guna jugakkk~


Kalau pakai tudung saji??? Ade lubang-lubang???
Baik tayah pakai~

Pakai kotak yang boleh tutup semua???
Sempurna!!!
(gurau3)

 


You, are what you are wearing :) 

You choose!!!

Errmmm...
Yup. Post ni agak 'terbuka'. 


But, sometimes we need to tell the hated-truth or 'kebenaran yang pahit' to tell people why, why and why Allah said this and not that. 

Because He loves us, people! 
Can't you get it?

Aurat. Yeaahhh. It's up to you to cover it or not.

But...

It's your OBLIGATION to do what He asked you to do.

Why women need to cover up their aurat? 

Because He knows the guys very, very, very well.

Hidup jangan untuk diri sendiri je. Kena tolong-menolong untuk masuk syurga. 



lampiran >.<


^__^ *peace
to my beloved ro0mate: I can't recall the whole story >< kalau salah, betulkan~ :p

p/s: dulu saya tulis Angelina Jolie. tapi update terbaru, Queen Rania. My roomate pm me and ingatkan balik. hehe. saya terlupa. maaf. sorry! (^_^) <---- muka comel yg dibuat-buat (*duhh)


...Alhamdulillah...


Link best yang ala-ala Engineering VS Aurat :)
http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/1910-tudung-labuh-dan-safety-factor.html




8 comments:

Syahira. said...

nak shareeeee aimiii! boleh kan boleh kan? sahamm akhirat awak meningkat nanti!

♥ HeRWaNa HeRMan ♥ said...

suka2..insyaAllah ada ruang & peluang nak copy..

syalala :) said...

aimi.....terbaikkkkkkkk :)

harumaki said...

haha: DD (seramnye!)

Nanie said...

Mohon copy

saya bukan kamu said...

sangat menarik <3

Unknown said...

best, trima kasih beri peringatan ,, :)

Cik Hati Rapuh said...

Alhamdulillah. sebarkan jika bermanfaat :)

Post a Comment