Jannah-mate Insya Allah

Sunday, October 14, 2012

In a Relationship...


بسم الله الرحمن الرحيم
#tajuk cari kontrobesi~

Smart Circle: Kehangatan "Innocence of Muslim"

Kepulangan semula ke Mesir ibarat memberi semula nafas baru untuk terus berubah. Kagum dengan sahabat-sahabat yang terus thabat di jalanNya. Allahu Allah~ Malu.

First SC, bagai menyuntik semula cinta-cinta Rabbani dalam jiwa. Rasa hati ni basah semula dengan ayat-ayat cintaNya.

'Innocence of Muslim'- our main topic.

Ya. Filem yang ibarat berteriak kepada semua umat yang terlena, "Bangun! Kalian ada Rasulullah yang perlu dibela!"




Sedih. Sunnah dan kewajiban Rasulullah ibarat dipandang sebelah mata, masjid sunyi dan kosong ketika tiba masuk waktu solat tetapi apabila berdemonstarsi, penuh satu bandar. Yang lebih menyedihkan, bila ramai manusia tidak berdosa yang cedera dalam demo tu. Konklusi perbincangan:
Berdemo itu boleh, merosakkan jangan!

Seorang sahabat pula menyatakan kekagumannya kepada saudara seIslam di United Kingdom yang tenang menghadapi fitnah. Dakwah itu mudah. Ya. Apa mereka buat? Mengedarkan risalah-risalah dan tafsir al-Quran kepada ummat agar mereka dapat mengenali sesusuk tubuh yang mulia itu dengan lebih mendalam lagi. Hebat!

Perbincangan diteruskan, kehangatan fiem 'Innocence of Muslim' cuba dirungkai hikmah dan rahmatNya.

Jika filem itu tidak diterbitkan, pasti ummat tidak sedar akan kewujudan Rasulullah yang dicintai. Tetapi perlu diingatkan, baginda bukan sahaja perlu dimuliakan, bahkan diteruskan dan disambung perjuangan baginda untuk menegakkan Islam di muka bumi.

Jika umat melatah dengan pembikinan filem 'Innocence of Muslim', para 'alim ulama' pula dengan tenang bergayanya bertebaran di seluruh pelusuk dunia. Menerangkan kehebatan akhlak dan menjelaskan kepada ummat tentang sirah kehidupan baginda. fuhhhhh. Subhana Allah. Kurangkan menyerang, banyakkan menerang.

dan ustaz pernah kata, karikatur hina nabi, filem dan sebagainya hanyalah untuk menarik perhatian umat Islam dari Isu Palestin, Syria dan Rohingya dan lain2. Ummat Islam di Syria sudah beribu-ribu terbunuh. Namun, tiada demonstrasi. Apakah???

Di saat kita melempiaskan kemarahan, ada musuh Islam yang tersenyum kerana kita sudah termasuk jerat.

Di saat seorang manusia tidak berdosa yang terbunuh kerana kemarahan umat Islam, bertambah-tambah kepercayaan 'muslim is a terrorist' seorang kafir yang jahil tentang keindahan Islam.

Jangan dibiarkan kata-kata musuh Islam, "Islam itu tersebar dengan mata pedang" menjadi kenyataan. Jangan. Sungguh Islam itu adalah agama keadilan dan kemuliaan. Agama yang fitrah.

Sedangkan jika kita buat dek (buat relax je) dengan apa yang berlaku, pasti musuh Islam akan rasa bosan. Percayalah! Tetapi, sungguh pembelaan untuk Rasulullah itu perlu ada, cuma bukan dengan keganasan!

Tertarik dengan satu quote ni. "I love Jesus because I am a Muslim". Instead of mencaci agama lain, I think this one is one of the coolest answer for other muslim-haters. Bukankah setiap kekerasan yang dikenakan kepada baginda, baginda akan membalasnya dengan lemah lembut dan sopan. Elegant sungguh!

"Kalau Rasulullah masih hidup, apa yang awak akan lakukan untuk membantu perjuangan baginda?"

Persoalan yang ditinggalkan sunyi. Terlalu berat soalan itu. Bukan tiada jawapan, tapi tiada kekuatan. Takut-takut diri ini hanya berkata-kata kosong. Allahu~ Malu3.



In a Relationship...
"Katakanlah, 'Jika kamu cinta kepada Allah, maka ikutilah aku (Muhammad), pasti Allah mencintaimu dan Dia akan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan Allah maha pengampun lagi maha penyayang.."
(Surah Aali 'Imran, ayat 31)
Kami ditanya apa yang dapat kami lakukan untuk menjadi ummat baginda yang osem. Jawapan yang seperti biasa diberi, mengamalkan sunnah-sunnah baginda.

tetapi...

sunnah itu bukan sekadar menjadi amalan tetapi perlu dihayati.


Rasulullah, manusia yang lebih indah dari bulan purnama.

Membasuh tangan sebelum makan. Itu sunnah Rasulullah. Jika membasuh tanpa niat untuk mengikuti sunnah baginda, rugi. Sungguh rugi. Niatkan sebagai sunnah, dapat pahala ikut sunnah. Mudah kan?!

Rasulullah selalu berada dalam keadaan yang wangi. Para sahabat tidak pernah mencium sesuatu yang busuk ketika bersama Rasulullah. Baginda sentiasa wangi.

Maka nasihat yang dititipkan, berusahalah untuk sentiasa berada dalam keadaan wangi dan bersih. Walaupun ketika bersama-sama dengan ahli beit (housemate) atau kawan-kawan and ofkoslah ketika bersama dengan keluarga. Cantiknya Islam, kan.

Niatkan, aku pakai minyak wangi supaya aku wangi macam Rasulullah yang sentiasa berbau harum. Inikan sunnah Rasulullah :)

Teringat sebuah hadis mafhumya yang menceritakan Rasulullah menegur susunan beberapa biji batu di sebuah kubur setelah tamat menguburkan jenazah tersebut. Para sahabat bertanya, adakah susunan batu itu akan memberi kesan atau mengurangkan azab jenazah di alam kubur.

Jawapan Rasulullah, "tidak". Hal ini demikian kerana, susunan batu yang kemas dapat menyedapkan pandangan mata. Lihat! Rasulullah sungguh teliti dalam melaksanakan kerjanya. Kemas dan teratur.

Maka, sebagai ummat, seharusnya kita menjadikan setiap perbuatan ada relationship yang sungguh istimewa dengan Rasulullah. Kaitkan, niatkan sebagai sunnah.


A proud ummah of Muhammad? then, prove it!!!

Jangan diletakkan buku secara sambil lewa di rak.
Letak dengan kemas dan teratur.
Rasulullah kan sentiasa kemas dan teliti dalam kerja baginda.

Pakailah tudung kemas-kemas bukan senget-senget
Rasulullah kan sentiasa kemas dan comel.
and plus, sentiasa wangi ^_^
(amaran: girls jangan wangi sangat pakai perfume de toilette tu. pakai biasa-biasa je.)

Iron baju tu.
Biar nampak smart.
Rasulullah kan sentiasa smart dan coolio.

Untuk mencintai sesusuk tubuh yang agung itu, perlu lah taaruf yang mendalam.
#disebabkan saya ini tidak lah terer sangat bahasa arab untuk membaca kitab-kitab, dua buah buku tentang Rasulullah berjaya diseludup masuk dalam beg sebelum pulang ke Mesir. Kalau ayah tahu, mesti kena marah dengan ayah sebab buat berat beg je bawak buku tebal-tebal. Sorry ayah. hehe


Sentiasa katakan pada diri, jika Rasulullah menjadi aku, apa yang baginda akan buat.

Katakan pada diri, jika Rasulullah di sisiku, apa yang baginda akan perintahkan.

Allahu Allah. Sesusuk tubuh agung yang dirindui sedang merinduimu. Percayalah!



Jom jadikan setiap perbuatan mempunyai relationship yang istimewa dengan perbuatan Rasulullah. dan jangan lupa meneruskan pengembaraan anda untuk mengenali Rasulullah melalui pembacaan, kelas-kelas sirah dan sebagainya, okeh!

I had a special relationship with Muhammad P.B.U.H. I am his ummah and proud. and from today onwards, I need to prove him that I love him.



Coret-coret:
Keesokan harinya kat uni...

"Comelnya Amalin hari ni"

"Yelah, saya kan nak kemas macam Rasulullah."

"Hehe. Harini Aimi kemas tak macam Rasulullah?"

"Kemas. Kemas."

*Kedua-duanya tersenyum. Mungkin kami tidak sekemas dan secomel Rasulullah. Tetapi kami nak berpakaian kemas dan mampu berbangga untuk berkata "Kami umatmu ya Rasulullah!" apabila kami berjumpa dengan baginda. Insha Allah. Perkenankanlah doa kami ya Allah.

Kami berbincang, ber'usrah', berkeluarga. Allahu Allah~ Hebat sungguh penangan majlis ilmu yang kecil itu. Semoga terus dinaungi rahmatMu. Aaamiin~



Sollu 'ala habibina Muhammad S.A.W.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

3 comments:

Amalin Shafirah Tuan Mahadi said...

Aimi..! ^__^

Allah~ moga rasulullah makin dekat dalam hati kita.

*teringat sc.basah hati dgn pengisian.Alhamdulillah.Hamdallah~~

Unknown said...

best sangat~ thanks aimi..

Unknown said...

subhanaAllah...
kita lupa..
kita lupa..
dengan filem tersebut, hanya merosakkan hati kita dengan kemarahan yg membuak..
astaghfirullahal 'azim..
xsalah nk marah, namun law kanana bainana ya Rasulullah..
sudah tentu Rasulullah SAW tenang..
aku rindu Rasulullah...

Post a Comment