Jannah-mate Insya Allah

Monday, April 30, 2012

Kahwin VS Kematian


...Bismillahirrahmanirrahim...

kahwin/ nikah/ baitul muslim
VS
kematian
ooppssss~ :) tajuk best. tapi... vs kematian??? hehehe.

Hari ni saja-saja je nak cakap pasal kahwin. Gatal? Tak lah. Kahwin/ nikah tu sunnah yang melengkapkan separuh dari agama taw. SE.PA.RUH!!! tak baik cakap saya gatal. :p

Sunday, April 29, 2012

Istikharah =)



Bismillahirrahmanirrahim ^^


when it's the time to make a choice, what will u, as a muslim do?
Istikharah!!!
nice~ :)

Menjadi Sebahagian Daripada Sebuah Kemenangan


Bismillahirrahmanirrahim...
Learn something from everything.
Learn everything from something.
Allah~ Allah~ Allah~
Sungguh jika hati menggantikan mata, tersingkap segala keindahan ciptaanMu dan ibrahnya diciptakan. Mata hati. sudah lama hati ini tidak menggantikan mata untuk melihat. Sungguh mata hati ini telah lama dikaburi dunia, dunia dan dunia.

Saturday, April 28, 2012

Talk Less, Work More, No Yawning


...Bismillahirrahmanirrahim...

 

"Yawning. 
they said that it is due to the collapse of the alveoli due to tiredness.
such as when you talk too much, you become easily tired.
because talking also cause apnea. (inhibition of respiration)
thus, yawning (deep inspiration) help to inflat the alveoli back.
-Dr. Ameera, Lecturer of Physiology 1st Year


subhanAllah :D
tak sangka selama ni pot-pet-pot-pet cakap tu pun
boleh menghalang pernafasan
mungkin tidak lah sampai pengsan
sebab oksigen berkurangan
tapi udara yang disedut menjadi sangat minimal
dan menyebabkan kepenatan
lantas
produktiviti harian tidak memberangsangkan
kasihan~


memang betol la~
"Diam mukmin itu fikir, bicara mukmin itu zikir"


Ilham HATI :)
patutlah pejuang2, daie2, ulamak2 Islam 
sentiasa cergas dan cerdas... 
they talk less and work more ^^ 

Aurat VS Kepemimpinan

Bismillahirrahmanirrahim...
Aurat yg perlu dilindungi lelaki lagi BANYAK dari wanita~ :)

tak percaya??!!


 

Aurat perempuan= SELURUH badan KECUALI muka dan tapak tangan.

Aurat lelaki=
dari atas pusat hingga bawah lututnya +
SELURUH badan KECUALI muka dan tapak tangan IBUnya +
SELURUH badan KECUALI muka dan tapak tangan ADIK PEREMPUANnya +
SELURUH badan KECUALI muka dan tapak tangan ISTERInya +
SELURUH badan KECUALI muka dan tapak tangan ANAK PEREMPUANnya

siapa kata jadi lelaki senang? susah~
so, 
berbahagialah menjadi wanita ^^
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.” (Riwayat Ahmad )
*noted: memelihara maruahnya= menutup auratnya :)

kerana
Allah memberati wanita dengan aurat
dan
Allah memberati lelaki pula dengan kepimpinan

maka
wanita boleh masuk syurga tanpa lelaki
tapi
amat susah untuk seorang lelaki masuk syurga tanpa wanita

kerana
ibuisteriadik/kakak dan anak 

dalam pimpinannya adalah seorang perempuan
dan aurat mereka akan dipertanggungjawabkan ke atas dirinya

berbahagialah menjadi wanita ^^

subhanAllah, Engkau Maha Adil ♥ ♥ ♥

apelagi, 
JOM TUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA~ :)

Solehah is for Soleh


Bismillahirrahmanirrahim...


 

*my favourite quote:
"Telah tercatat seungkap nama untukmu di Luh Mahfuz
peribadinya bergantung pada ketinggian peribadimu,
selagi engkau tetap di jalanNya,
insya-Allah si dia akan turut di jalan yang sama"

Jodoh <3
kenapa orang sibuk dok bincang pasal jodoh?
mungkin kerana *waqi' kita Mesir
terlalu sinonim dengan nikah
mungkin juga jodoh itu mudah di bumi barakah
sehinggakan ikhwah akhowat
terlalu teruja mendengar huruf U, B dan M (Unit Bait Muslim)
terlalu gembira mendengar gosip2 liar akhowat *di'taqdim'

penat lah cerita pasal kahwin
bukan tak mahu
tapi sedar
diri ini belum bersedia
bukan tak hendak
tapi sedar
HATI ini masih jauh dari cintaNya
bukan menolak
tapi sedar
aku belum cukup solehah untuk bertemu soleh yg didamba

kontroversi melanda
tak tahu kenapa?
mengapa?
bagaimana?
dari mana puncanya?
siapa khilafnya?

aku
buntu
bungkam
bebal 

[kontroversi] 

dari kita dok berbicara pasal cinta ajnabi
lebih baik kufikir
kita berbicara soal hati yg masih lemah mencintaiNya
lebih baik kurasa
kita menyibukkan diri membentuk jati diri da'ieyah yg hebat jiwanya
lebih afdhal kukira
kita sibuk menelaah ilmu2 medic untuk merasa zuq kehebatan ciptaanNya
subhanAllah~

sahabat sahabiah yg kucintai kerana Allah
tidak perlu mencipta rasa
tidak perlu mencipta fenomena cinta
tidak perlu tersenyum sumbing mendengar gosip2 comel korea kiut-miut meoww2
andai... 
telah kering catatan di Luh Mahfuz
siapa jodoh siapa :)


 

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur: 26)
so,
akhowat Gen11us
jom menikah :p hehehe
TAPI3!!!
JOM JADI SOLEHAH DAHULU!!! :D



set2 yang bakal ditaqdim.... mwahaha XD


--->sanggup menyahut seruanku? 
Ayuh kita bersiap siaga untuk menjadi perisai kekuatan bahtera baitul muslim yg bakal dibina. Persiapkan diri kita dengan kalsium IMANriadah AMAL dan vitamin TAQWA untuk menjadi tulung rusuk syabab yg hebat HATI dan imannya demi mendaulatkan kembali kegemilangan ummat Islam yg TERHEBAT!!!

Doa elak azab kubur, azab Jahannam, fitnah dunia akhirat dan fitnah al-Masih ad-Dajal.





...Alhamdulillah Allah masih menjagaku daripada perkara2 fitnah yg lebih menggila...


*waqi'= tempat
*di'taqdim'= dipinang, dicop

Pemuda Hebat dan Kentang


Bismillahirrahmanirrahim...

 

nak cerita
kisah seorang pemuda bertubuh kecil
tapi kaya jiwanya
kecil
sungguh sungguh kecil
dan aku terkesima dengan kekuatannya

al-kisah:
aku dalam perjalanan pulang
terlihat si dia
menjinjing plastik di kiri dan kanan tangannya
kukira setiap satu beratnya 2 kg
berat
teramat berat
untuk pemuda kecil sepertinya

setapak melangkah
dan meletakkan plastik kentang dan sayur di atas jalan yg berdebu halus
melepaskan lelah yg melemahkan anggota
tapi
bukan jiwanya

kembali mencari kudrat
mengangkat 2 plastik berisi rezeki buat keluarga tercinta
setapak lagi
dan meletakkan semula semuanya

lelah
namun
setapak lagi kehadapan
dan lagi
dan lagi

aku pantas bergerak menyayinginya
mencapai plastik berisi kentang
menawarkan bantuan
ibarat seorang kakak yang amat mengasihi adiknya

dia
menolak
mengambil semula plastik kentangnya
dan berkata...
"ana ahlul beit (saya ahli keluarga)"

menawarkan bantuan sekali lagi
dan jawapan yg sama kuterima
"la', ana ahlul beit (tidak, saya ahli keluarga)"

"ismak eh? (siapa nama awak)"
"Youssef (Yusuf)"

HATI aku bermonolog
Yusuf~
nama nabi, dan engkau Yusuf, sungguh tabah dan kuat

subhanAllah :)

Coret-coret HATI:
Yusuf= si pemuda kecil yg kukira baru berumur dalam lingkungan 5 tahun, juga jiran satu *imarah. selalu dalam keadaan comot namun, sangat2 comel. lagi2 adeq dia, Abdurrahman yang bolat~ ^^


"Ana ahlul beit" (saya ahli keluarga)

lancar bicara Yusuf
seorang kanak-kanak Mesir
yang enggan dibantu

kerana rasa tanggungjawabnya
untuk membawa barang2 keperluan keluarga
dengan kudratnya sendiri
lembut dan tegas dia menolak pertolonganku

tidak perlu bantuan simpati
walaupun
tubuh kecil itu kelihatan lemah
tapi
Allah~
jiwanya sungguh kental dan tabah

hebat sungguh tarbiyah mereka
hebat!
sungguh hebat!!!

ana kagum dengan *ar-rigal kecil itu ^^

Ilham HATI:
kalau budak2 kecik kat Malaysia, hentak2 kaki tak dapat mainan.
tapi, kat sini,
budak2 kecil berlari-lari anak untuk mencari sesuap makanan.
dan sedar atau tidak, tiada air mata di tubir mata kecil itu.
yang ada hanya USAHA demi sebuah kehidupan.
Allah~ Allah~ Allah~

SubhanAllah~

p/s: nak tarbiyah bakal anak2ku nanti menjadi manusia yg hebat agama, ilmu, jiwa, peribadi dan mindanya!!! insya-Allah. Aaaamiin~

...Alhamdulillah 'ala kulli haal...

[rekopipasta 23/3/12]
*imarah= bangunan/apartment
*ar-rigal (ar-rijal)= lelaki

Friday, April 27, 2012

Dunia ini terlaknat kecuali...


Bismillahirrahmanirrahim...

Status: Masih mencari bahan2 untuk meng'konkrit'kan HATI yg rapuh dan sentiasa rapuh ni =)

ehem2
nak cerita. Ada satu hari tu, ana memang takde mood sangat nak study. memang tak *hamasah langsung. mungkin sebab banyak dosa, sebab tu kot jiwa jadi kosong, resah tak tentu hala. sobs2. gila kot kalau medic student takde semangat. dah lah banyak benda nak baca.

so, ana tanya lah semua orang macam mana nak naikkan semangat study semula. tanya punya tanya, tak seorang pun dapat bagi ana jawapan yang konkrit lagi meng'konkrit'kan semula HATI yang rapuh ni.

sedih. kuciwa. banyak kali ana bermonolog dalam hati:
"Ya Allah, kenapa aku malas sangat ni? Ya Allah, macam mana nak semangat semula study?"
maka, malam itu ana menguatkan semangat yang tak berapa semangat ni untuk hadir ke Masjid Al-Azhar. Allah~ Allah~ tenangnya rasa duduk dalam majlis ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Noorazam di Masjid al-Azhar yang sudah seribu tahun berdiri megah melahirkan ilmuan-ilmuan dan para cendekiawan yang hebat lagi menghebatkan ummat. SubhanAllah~


Taman-taman syurga tamat dan seorang Syeikh Arab datang memberi beberapa pesanan dan ucapan kegembiraannya melihatkan ramai yang hadir untuk menghadiri majlis ilmu. walaupun tak beberapa faham bahasa Arab, tapi thanks to Ustaz Noorazam yang sudi men'translate' kan untuk kami ucapan Syeikh Arab tu.

Sebelum menangguhkan majlis, Syeikh menyampaikan sepotong hadith untuk kami pegang dalam hidup ni sebagai penutup kata-kata beliau.
“Dunia ini terlaknat, dan terlaknat semua yang ada di dalamnya, kecuali yang berzikir kepada Allah dan semua yang berkaitan dengannya, seorang yang ‘alim (berilmu) dan seseorang yang menuntut ilmu.” 
(Hadith Riwayat Al-Tarmidzi)
bergetar HATI. Allah~ Allah~ kutemu jawapan di Masjid al-Azhar. Hamasah nak study datang semula. Dengan menuntut ilmu, aku terlindung dari perkara2 terlaknat di dunia. Alhamdulillah ya Allah. Syukran :") Ternyata Engaku Maha Mendengar. dan tiada siapa yang menggerakkan hatiku ke majlis ilmu itu kecuali Engkau <3

Ilham HATI: jom berzikir ^_^ Allah~ Allah~ Allah~

Pray for me <3

...Alhamdulillah Ya Allah for Your guidance, love and everything...


*Hamasah= semangat

Generasi Kegemilangan


...Bismillahirrahmanirrahim...


Surah An-Nasr: janji Allah Islam akan menang

  1. berlepas diri- semuanya kerana ALLAH
  2. membesarkan syiar Islam
  3. tawakkal kepada ALLAH dan redha dengan ketentuanNYA
  4. pendek angan-angan (selalu ingat mati)
  5. rasa cukup dengan apa yang ALLAH bagi
  6. bermaruah
  7. tawaduk
  8. rendah diri dan berkasih sayang dengan orang mukmin
  9. tegas dengan orang kafir
  10. berakhlak mulia
  11. berukhwah kerana ALLAH
  12. memaafkan orang yang tak maafkan kita, memberi kepada orang yang kedekut dengan kita dan menghubungkan silaturahim dengan orang yang tidak mahu bersilaturahim dengan kita
  13. menahan marah
  14. sangat sabar
  15. lemah lembut dan penuh ketenangan
  16. menzahirkan kebenaran dan mengikat diri dengan kebenaran
  17. amar makruf nahi mungkar
  18. muhasabah diri dan pandang diri sendiri sebagai hamba yang lemah
  19. pujian dan celaan sama sahaja
  20. menjaga kehormatan saudara
  21. tidak suka mencela dan pandang rendah tehadap muslim lain
  22. siddiq
  23. bersungguh-sungguh dan mempunyai semangat yang tinggi
  24. pemurah
  25. sederhana/ seimbang/ adil
  26. wara'
  27. berkorban dijalan ALLAH
  28. jihad fisabilillah
  29. tsabat dalam perjuangan
  30. zuhud
  31. lari dari meminta jawatan 
  32. tidak hasad dengki
  33. tidak tertipu dengan diri sendiri
  34. tidak bongkak
  35. bersegera dalam melakukan kebaikan 
  36. meninggalkan perkara yang dilarang oleh ALLAH
  37. berjaga-jaga dengan amalan
  38. sentiasa istighfar dan bertaubat

" Manusia sempurna jika semuanya kerana ALLAH " :)

[shared. credit to kq Sibby Badri <3]


 

Ilham Hati dari Hati:
Islam itu pasti AKAN MENANG 
sama ada sebab kita atau tanpa kita.
cuma yang membezakan sekarang adalah,
kita mahu turut MENYUMBANG 
dalam KEMENANGAN itu atau tidak?

ALLAH doesn't need us
Islam doesn't need us
but
WE NEED ALLAH and ISLAM!



...Alhamdulillah dikelilingi manusia hebat yang ingin menyumbang dalam mengembalikan kegemilangan Islam. Nak join jugaa :) insyaAllah...

Of Fragile Heart and 1101

...Bismillahirrahmanirrahim...


I'm a person whose in the midst of searching
someone who is in the journey
of finding her true identity
a person 
who aims high
but
a dreamy
a girl who
wanted to change from doing nothing
into doing something
aiming
to be someone to Him
and to the ummah

fragile heart
as from the words
easily broken into pieces
but He
who loves me more than my mummy
always there through thick and thin
being the nearest 
being the dearest
showing His non-stop kindness
by
holding my heart to this deen
either He is in the remembrance
or forgotten
silly me.

1101
on eleventh
and 
in January
I'm here in this world
taking the responsibility
to be the next khalifah 
the next generation of the ummah
the next solehah daughter to pray 
for the happiness of her parents here in the world and the afterlife
the next sahabiah to my friends
the next da'ieyah to the musleemat
the next tulang rusuk to the Imam I will be marrying
the next ummi to the next generations of Muhammad P.B.U.H
and of course
the next slave of His to be judge in the Day of Judgement

Allah~ Allah~

with Bismillahirrahmanirrahim...
I write, express and share my thoughts 
in this piece of sheet of virtual reality
and I named her fragileheart1101
to tell the people
that I'm weak
I'm easily forget
but
I'm trying to change to be somebody
who benefits the ummah
and of course someone
who is trying to be a good slave of Allah
insyaAllah



...Alhamdulillahi rabbil 'aalamiin 'ala kulli haaliw wa ni'mah...