...Bismillahirrahmanirrahim...
kahwin/ nikah/ baitul muslim |
VS
kematian |
Hari ni saja-saja je nak cakap pasal kahwin. Gatal? Tak lah. Kahwin/ nikah tu sunnah yang melengkapkan separuh dari agama taw. SE.PA.RUH!!! tak baik cakap saya gatal. :p
Semenjak dua ni asyik dengar pasal kahwin awal je. Lagi2 selepas keluar cerita Vanila Coklat kat TV3, semua orang macam excited nak kahwin awal. ==' haih~
Lepastu tersebar pulak gambar budak UIA kahwin awal (sebaya rasanya). Hari ni pulak dapat tahu yang ada dua orang senior tahun 2 nak kahwin. Seorang kahwin dengan ustaz and seorang lagi kahwin dengan satu batch. Kahwin awal ni pun elok, boleh elak maksiat. Senang cerita, banyak la kelebihan kahwin awal nih. Salah satu sunnah yang disukai Rasulullah.
Tapi, semenjak dua ni, saya tak la terfikir pasal kahwin sangat. Sebab homesick, rindu gila kat keluarga. Bukan apa, saya tak sedia lagi rasanya. Tak puas menjadi seorang anak lagi dan bila difikirkan balik, saya belum puas membahagiakan ibu ayah saya. Tapi, kalau dah sampai jodoh awal nak buat macam mana kaaan~ hehehe.
Tapi...
Bila dah rindu kat family ni laa, air mata nak berjurai-jurai keluar. Mula laa nak touching2, bukak laptop semata-mata nak tengok gambar family, tukar gambar desktop jadi gambar keluarga and.... terfikir pasal KEMATIAN.
Yelaa, dah kat luar negara ni, macam2 boleh jadi. Kalau tak kena dekat keluarga tercinta, mungkin kat diri sendiri. Takut tak sempat~ Tapi, Allah knows best kan :) Dia tak akan uji kita kalau kita tak mampu.
KEMATIAN
Seram kan tengok perkataan ni. Tapi, ni la yang akan ditempuhi oleh setiap manusia yang hidup, bernyawa. Anda akan menempuhinya. Saya juga akan menempuhinya. Cuma kita tak tahu bila dan di mana. Dan, bila terfikirkan tentang kematian, saya mula berfikir secara mendalam, apa tugas kita kat dunia?
Saya mula terfikirkan sahabat2 kita yang telah pergi terutamanya seorang sahabat yang baru sahaja meninggal dunia tahun lepas di dalam satu kemalangan semasa raya tanpa sempat fly bersama-sama dengan kami ke Mesir. Innalillahi wa inna ilaihi raaji'un. :'(Takkan manusia hidup hanya untuk enjoy dan mati???
Teringat kata2 seorang classmate di INTEC, "Dia (arwah) dah tak dapat nak rasa keberkatan Ramadhan tahun depan. Kita?". WAllahu 'alam~ Betul tu. Sempat ke aku nak kecapi Ramadhan tahun ni? Allah~
Kematian. Begitu ramai manusia yang takut akan kematian dan saya tidak terkecuali. Astaghfirullah al-'Adziim. Sepatutnya, akhirat itulah yg menjadi idaman manusia, kerana kembalinya kita kepada Pencipta yang Maha Mencintai. Tapi kerana saya manusia, saya tidak maksum, saya juga tidak lari daripada dosa.
Tidak dinafikan saya ada dark past yang sentiasa menghantui fikiran saya. Saya bukanlah manusia sempurna dan dilahirkan ke dunia kecepek keluar dari rahim ibu saya automatik jadi ustazah yang terus kenal dosa dan pahala. Tidak~
Kematian tu tidur yang panjang??? Pernah dengar statement ni? Saya pernah dengar dan sebagai seorang muslim, saya tahu statement tu tidak benar. Kerana, kematian adalah satu permulaan kepada sebuah perjalanan panjang untuk kehidupan yang hakiki.
"Manusia tidur ketika hidupnya dan hanya tersedar apabila telah mati"
Bila difikirkan semula, orang-orang yang telah pergi ni, mereka semua tidak akan mampu pulang ke dunia semula. Nak bertaubat pun dah tak boleh. Inikan pula nak mendapatkan keberkatan beribadah di bulan Ramadhan.
Pak Su saya insyaAllah bakal berkahwin dengan pilihan hatinya selepas raya aidilfitri tahun ni. Kahwin lagi~ adoiii. hehehe. Dan bercakap pasal kahwin Vs kematian. Saya mula berfikir tentang tujuan utama sebuah perkahwinan.
Tak kan berkahwin hanya untuk nafsu semata? and then, beranak-pinak and then mati. (Maaf. Saya memang agak berkasar pada ayat ni. Tapi memang kebenaran kan~) Dan apabila terdengar cerita bahawa ramai di antara sahabat2 satu batch yang telah ditaqdim (dicop) oleh ustaz2 dan doktor2, saya mula berfikir tentang erti sebuah perkahwinan. Terutamanya saya, yang insyaAllah mungkin akan menghadapinya jua.
Apa matlamat utama sebuah perkahwinan. Adakah untuk memuaskan nafsu semata?
Teringat soalan Ustaz Ridha dekat INTEC,
Ustaz Ridhauddin: Sebab apa nak bernikah?
Jawapan skema Sasbadi dan Pelangi: Sebab nak lahirkan ramai zuriat. Nak ramaikan ummat Nabi Muhammad~
Ramai yang terdiam. Saya juga terdiam.
Bagi saya, jika hanya melahirkan anak, sia-sialah semuanya jika tanpa matlamat utama. Just nak meramaikan ummat Muhammad? and then FULSTOP!!! Ehh, ingat lahirkan anak kucing apa??? ><
Tapi, memang betul kan. Sebagai ummat Muhammad, tak kan kita hanya nak meramaikan sahaja? Melahirkan insan-insan biasa? Islam agama yang agung dan dari agama yang agung ni juga, ramai insan-insan hebat yang telah dilahirkan. Dididik dengan acuan al-Quran dan Sunnah, akhlak dan peribadi manusia agung, Rasulullah S.A.W. Sebut saja siapa, Imam Syafiee, Saidina Umar, Sultan Muhammad al-Fateh dan lain2 lagi. Allah~ Hebatnya manusia yang hidupnya hanya untuk meraih cintaMu.
Manusia HEBAT jika semuanya kerana Allah!!!
Ya. Saya bukan manusia yang hebat walaupun lahir sebagai seorang muslimah, penganut agama yang hebat, Islam. Tapi, salahkah untuk saya bercita-cita hendak melahirkan manusia2 hebat? Dan tidak salah jika anda juga berfikiran untuk menjadi manusia hebat. Jadilah manusia hebat!!! Saya akan menyokong anda selagi anda di jalan yang benar. Chaiyok2 :)
Soalan ditanya lagi. Adakah perkahwinan tu untuk menghalalkan yang haram je?
Jawapan psycho Ustaz Ridhauddin: Menghalalkan yang haram? Nak boleh sentuh-sentuh je? Haishhh~ Tak kan tak nak lebih kot. (hehehe. I think, this one is for the guys)
Ish3. Begitu rendah martabat perkahwinan itu kita letak.
So... Apa matlamat utama nikah?
Syurga~ :)
Ya. Indahnya Islam. Menjadikan nikah sebagai salah satu wadah ke syurgaNya.
Pernikahan itu perkongsian
perkongsian antara seorang lelaki dan seorang perempuan
perkongsian antara seorang lelaki dan seorang perempuan
berkongsi dengan orang yang 360 darjah berbeza daripada kita
dan
apabila kita mula berkongsi
bermakna
memerlukan pengorbanan
memberi untuk merasa
memberi ruang dan peluang untuk merasai cintaNya
berkorban masa untuk agamaNya
berkorban harta untuk kelangsungan dakwah Rasulullah tercinta
(alamak~ cakap macam orang dah kahwin je >< uhuk2)
(alamak~ cakap macam orang dah kahwin je >< uhuk2)
Ramai yang berkata bahawa saya ada rupa orang kahwin awal. ==' ye ke? Soalan-soalan sebegini selalunya akan dibalas dengan ketawa dan ayat "ye ke??!" hahaha (gelak3). Entahlaa. Jika sudah ketetapan jodoh saya awal, saya tidak akan menolak jika jawapan istikharah saya mengatakan "yes, he's the guy!!!". hahaha.
Tapi, selagi belum ada rancangan ke arah itu, maka, saya berfikir, adalah lebih baik kiranya jika kita bersedia untuk menghadapi kematian. Kerana, kita tak tahu kan bila kematian akan menjemput kita?
Namun, itu semua masih tidak menghalang untuk saya memperbaharui ilmu-ilmu rumahtangga, persediaan ke arah sebuah pernikahan~ Salah ke? Tak, kaaan~

"Hati yang hidup adalah hati yang sentiasa mengingati mati"
Tapi, kalau kita fikir-fikirkan balik kan, macam mana agaknya perasaan mereka-mereka yang mendapat penyakit-penyakit kronik dan mendapat berita dari doktor bahawa dia hanya tinggal sedikit sahaja masa lagi kat dunia. Hmmmm~
Tapi kaaan~ Beruntungnya orang-orang yang macam tu kalau dia gunakan sisa-sisa terakhir hidupnya untuk bertaubat dan mengumpul bekalan akhirat sebab dia tahu dia bakal 'pergi'. Betul tak?
Tapi kaaan~ Beruntungnya orang-orang yang macam tu kalau dia gunakan sisa-sisa terakhir hidupnya untuk bertaubat dan mengumpul bekalan akhirat sebab dia tahu dia bakal 'pergi'. Betul tak?
Mengingati mati tak bermakna kita perlu meninggalkan dunia, berteleku di atas sejadah 24 jam, bertasbih sehingga tak tidur. Tak~
Tempat kita menanam amalan dan hasilnya pahala yang akan dituai di akhirat. Sebab tu dalam Islam, antara tujuan utama hidup adalah beribadah kepada Allah. Tapi, indahnya Islam adalah menjadikan setiap pekerjaan itu ibadah. Mandi kerana Allah. Tidur kerana Allah. Belajar kerana Allah. Semuanya kerana Allah. Cantik kan Islam ^^
بسم الله الرحمن الرحيم
Firman Allah Ta’ala:
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْأِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُون
“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.” (QS. Adz –Dzariyat: 56 )
Dunia tu kan ladang akhirat.
Tempat kita menanam amalan dan hasilnya pahala yang akan dituai di akhirat. Sebab tu dalam Islam, antara tujuan utama hidup adalah beribadah kepada Allah. Tapi, indahnya Islam adalah menjadikan setiap pekerjaan itu ibadah. Mandi kerana Allah. Tidur kerana Allah. Belajar kerana Allah. Semuanya kerana Allah. Cantik kan Islam ^^
Islam gives me purposes to live
Yeahh. That's true. Saya nampak, Islam je agama yang meletakkan sebab kenapa kita hidup dan bukan sekadar kehidupan di dunia. Malah, persediaan ke arah kehidupan akhirat yang lebih hakiki dan tiada jalan pulang.
Bukan hanya hidup, study, graduate, kerja, kahwin, beranak-pinak and die for nothing!!!
Tapi Islam meletakkan matlamat jauh lebih jauh dari sekadar mati. Islam meletakkan matlamat yang jauh lebih hakiki. Akhirat. Dan apabila saya tanya pada diri, adakah aku sudah bersedia untuk mati? Tidak. Tapi, masih belum terlambat untuk saya bersedia dan masih belum terlambat untuk awak bersedia. Selagi jantung berdegup dan nafas berhembus, jom bersedia untuk sebuah kematian.
Setuju tak kalau saya kata, kematian itu sebuah SURPRISE!!! Kerana, tiada siapa mengetahui tarikh, tempat dan bagaimana kematiannya. That's why, ianya "surprise"!!!
Tapi, tak bermakna, bila kita fikir tentang kematian, kita lupa nak fikir tentang orang-orang di sekeliling. Kita lupa nak berukhuwwah. Lupa nak mandi. Lupa nak bersenam. Lupa nak makan. Badan kita ada hak untuk terus berusaha untuk hidup dan orang lain juga mungkin ada hak-hak mereka yang belum kita tunaikan. Dan tak bermakna kita tak boleh kahwin bila memikirkan kematian. Macam yang Ustaz Ridha cakap, bernikah untuk mendapatkan syurgaNya. caranya bagaimana? Jangan tanya saya. Sebab saya bukan ustazah.

Iqra'!!! (Bacalah buku2 tentang perkahwinan dalam Islam)
Akhir kalam, dari orang yang tak tahu bila dia akan meninggal, saya Aimi Asrina Binti Noh mintak maaf, saya mintak halal makan minum kalau terambil apa-apa sama ada sengaja atau tidak. Cuma kalau saya ada hutang, tuntut lah ye. (Jangan malu-malu kucing pulak ><) Tapi, kalau tak sempat, tuntutlah dari parents saya di Malaysia. Mintak maaf atas segala kekurangan, bahasa yang kurang menyedapkan telinga, perlakuan saya yang menyakitkan mata. Dan jika bertemu mak ayah saya, sebenci mana pun anda kat saya, saya haramkan awak semua untuk menyakitkan hati mereka. Hormatilah mereka kerana merekalah ibu bapa yang terbaik buat saya di dunia dan di akhirat. Mintak kan kemaafan mewakili diri saya kepada semua yang mengenali diri ini. Semoga pertolongan anda memudahkan urusan saya dan memudahkan juga urusan anda di sana.
Semoga bertemu di SyurgaNya :) Aaamiin Ya Mujiib~
Kepada bakal suamiku dunia akhirat: Prepare yourself before escorting me through the road to Jannah. :) (siapa laa tuh >< saya pun tak tahu~ haha *blushing2)
...Alhamdulillah. Islam gives me reasons to live. Not just enjoy and die for nothing...
Rujukan best- Kenapa nak nikah? :
No comments:
Post a Comment