Jannah-mate Insya Allah

Sunday, April 29, 2012

Menjadi Sebahagian Daripada Sebuah Kemenangan


Bismillahirrahmanirrahim...
Learn something from everything.
Learn everything from something.
Allah~ Allah~ Allah~
Sungguh jika hati menggantikan mata, tersingkap segala keindahan ciptaanMu dan ibrahnya diciptakan. Mata hati. sudah lama hati ini tidak menggantikan mata untuk melihat. Sungguh mata hati ini telah lama dikaburi dunia, dunia dan dunia.



Ad-duaa'
Ya Allah, 
thabbatkan cintaku kepadaMu 
dan jadikan kecintaanku kepada akhirat 
dan jadikan dunia dalam genggamanku.
Ya Allah, 
jadikan diriku hina pada pandanganku 
tetapi tinggi pada pandangan makhluk2 ciptaanMu.


 

Tersentak dari lena
pesan nabi S.A.W. kepada Ummul Mukminin, Saidatina Khadijah:
"telah berlalu masa tidurmu wahai Khadijah"
Ya. Islam semakin bangkit dari lenanya. dan aku juga perlu bangkit, jaga dari lena yang panjang ini. tiada masa lagi untuk bersenang-lenang.

D.A.K.W.A.H.
Allah~
sungguh semuanya berat namun indah.
indah sungguh2 indah
namun dunia mengaburi semuanya
sehingga adakalanya kita terlupa bahawa kita dalam kekuasaanNya.
sungguh ada ketika kita terlupa kita dalam pemerhatianNya.
sungguh sentiasa kita lupa ada *haafiziin yg mencatat amalan2 di dunia.
sungguh kita selalu lupa matlamat hidup sebagai hambaNya.
sungguh kita lupa akan kegemilangan Islam yang telah kita capai dahulu.
dan lupa, lupa, lupa.

Allah~ Allah~ Allah~
I wanna be somebody to the ummah!!!

Pengorbanan
"tadhiyyah manifestasi tarbiyyah" 
-tema Hari Raya Aidiladha PERUBATAN 
*pengorbanan hasil daripada tarbiyyah yg mantap

apa yang telah kita korbankan untuk ummat?
apa yang telah kita sumbangkan untuk ummat?
apa yang telah kita lakukan untuk ummat?

masa?
nyawa?
duit?
kudrat?


sungguh2
aku kagum akan mereka2 yang hatinya begitu padu di jalan dakwah ini
sungguh2
aku sedih akan hati ini yang sentiasa menyimpang dari niat dan matlamat yang lebih hakiki
sungguh2
masih tiada tadhiyyah dariku untuk agama Islam yang suci ini


dakwah itu tugas 'daie'
ramai muslim mengaku "I'm muslim and proud"
tapi amat sukar untuk seorang muslim mengaku dirinya seorang daie (pendakwah)

sedangkan...
“Sesiapa yang mengucapkan La Ilaha Illallah, maka dia adalah pendakwah”
(hadith)

--->things to ponder:
bukan ustaz2 berkopiah berjubah je daie.
bukan budak2 smka je daie.
bukan yg tudung labuh je boleh jadi daie.
dan daie tak semestinya kena bagi ceramah bagai.
tunjuk contoh tauladan yg baik itu juga tugas daie.
memberi nasihat2 yang baik juga tugas daie.
senyum sebagai sedeqah itu juga tugas daie.
dan yang paling3 penting
if you are a MUSLIM
then automatically you ARE A DA'IE !!!
faham~ ^^

say: "I'm a muslim and proud" then PROVE IT!!! okeh~
ayuh menjadi sebahagian daripada sebuah kemenangan!!!
Ilham hati:
Ayuh sahabat sahabiahku
persiapkan diri
untuk menjadi sebahagian daripada
KEGEMILANGAN ISLAM
KEMENANGAN ISLAM
mari jadi sebahagian daripada kebangkitan khilafah Islamiyah
mulakan langkahmu dengan bismillah
yang hitam tercalit mulakan dengan taubah
istiqamah, istiqamah dan istiqamah
teruskan muhasabah
tingkatkan islah
pusatkan kesemuanya hanya untukNya
jangan engkau malukan dirimu di akhirat sana
dengan hanya berdiam diri apabila ditanya:
"Apa sumbanganmu kepada Islam?" 



--->fragileheart1101 = future doctor + professional da'ie... insyaAllah~




...Islam pasti, pasti, pasti akan menang!!! Allahu Akbar!!! Ayuh kita menjadi sebahagian daripada sebuah kemenangan... 



No comments:

Post a Comment