Jannah-mate Insya Allah

Wednesday, February 6, 2013

Of Purdah, Niqab and Ninja

بسم الله الرحمن الرحيم

"Ninja!" panggilan ahli beit kalau pakai niqab arab.


[kredit: pak cik Google]

13/1/2012
My first day wearing purdah at Egypt
Hari Jumaat
Setelah meyakinkan mama untuk protection di negara aghab
Setelah doa istikharah berhari-hari
Setelah berhari-hari melakukan kajian (di internet je pun)


dan selepas setahun memakai sehelai kain penutup muka tu, sering timbul persoalan2 pelik. Lantas bertanya dengan sahabat satu team,

"Aina, kenapa kita pakai purdah ek?"

"Amalin, kenapa kita pakai purdah ek?"


"Nusai,........."


dan setiap daripada mereka memberi jawapan yang berlainan.
dan setiap jawapan memberi kekuatan untuk terus menjadi si pemakai purdah.

Feeling protected.

Feeling terjaga.

Fitnah si pemakai purdah sangat besar.
Kena jaga adab. Jaga ikhtilat. Jaga ni. Jaga tu.
Walaupun hakikat perintahNya ke atas kita semua sama.
Tapi,
tipulah kalau tak cakap orang pandang si pemakai purdah dari sisi yang lebih tinggi.
Walaupun,
realiti, kami juga manusia bukan nabi. Pendosa setiap hari.
moga-moga
purdah menjadi platform untuk kami menjadi hamba yang lebih baik.
Allahumma aamiin


"Bagus la batch korang," puji seorang kakak senior. 

Hanya kerana ramai dari batch GEN11US yang memakai purdah. *haih~
Perangai dan hati, belum tentu ter'purdah'.


"Kak Aimi pakai purdah tak kat sana?" tanya seorang junior ketika saya pulang melawat hadek2 di SMKAJB

pelik betul soalan.


"Awak rasa?" muka menduga.
"Pakai kot." pandai betul menduga.
"Tapi kat sana jelah."


Points I would say to niqabis-beginner atau jawapan kepada FAQ:
  1. saya pakai kat Mesir je tak pakai kat Malaysia
  2. Bila meeting saya bukak purdah
  3. Bila nak makan saya bukak purdah
  4. Saya pegang, kalau pakai purdah tak boleh pakai seluar. Kena pakai kain.

Why?


Nak mudahkan muamalat. Nak mudahkan perbincangan. Nak mudahkan kerja.

Allah SWT berfirman,
"Dia tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan." 
(Al-Haj: 78).
dan saya berpegang kepada itu.
Someone said this to me after a meeting.


"Macam mana orang nak trust kau kalau kau pakai purdah."

dan saya hormati pendapatnya. Dia hanya berkata benar.

Majoriti pendapat ulama', muka bukan aurat.

maka, jangan over sangat menegakkan yang sunat, kalau yang wajib pun tak boleh buat.

Di perhentian bas Larkin berseorangan, nampak rakan sebaya memakai purdah. Gembira, tapi agak terkilan sebab lengan pula terdedah dibiarkan.

Sayangku, mana lebih utama yang perlu dituruti perintahNya? Yang wajib atau yang sunat?

Kalau nak makan pula, lebih selesa bukak. Takut kalau kena purdah, kotor. Rasulullah kan seorang yang pembersih. wink2


kagum. tapi saya tak buat macam ni. 
bila semangat nak exercise, nak pergi jogging or ada hari sukan, saya tak akan pakai purdah. Alasannya, kerana amatlah pelik bagi saya seseorang itu memakai purdah tetapi berseluar. dan mencari masalah sebenarnya bersenam, lari2 sambil berpurdah. Kalau pengsan salah siapa?

Mudahkan jangan kau susahkan~

Kalau tak pun, dari rumah pakailah kain atau jubah di luar, dah sampai padang, bukak kain. Mudah je insha Allah.

Ramai je sahabat-sahabat yang ditegur oleh makcik2 aghab kerana memakai berpurdah tetapi memakai seluar. Pendapat saya sendiri, ia keihatan begitu janggal dan pelik. maaf kerana berkata benar. Silalah hiasi diri anda dengan pakaian seperti skirt labuh dan jubah. Baju kurung pun molek sangat.



Kenapa di Mesir sahaja?


Yang penting, jawapannya bukan kerana adat. Banyak yang diniatkan, tapi biar segelintir sahaja yang saya bicarakan di sini.

Seringkali persoalan saya cipta kepada mereka yang bertanya,


"agak-agak kalau kita nak dekat-dekat dengan orang kat Malaysia, diorang takut tak kalau nampak kita pakai purdah?"

Majority it will be 'yes'. Tapi buat masa ni semua yang saya tanya, ALL of the answers are 'yes'. 

dan saya beranggapan, adalah lebih baik untuk mudah mendekati daripada takut dan dijauhi.

Makanya, setiap dialog tentang purdah akan dikonklusikan seperti berikut,


"Di sini (Mesir) tempat Aimi belajar. So, Aimi pakai purdah. Mad'u Aimi di Malaysia. So, kat Malaysia Aimi tak pakai purdah."

"Hidup, kalau asyik nak dengar cakap orang, tak bahagia~" Some would say like this. and diri sendiri pun selalu je guna.

But, in this case, after kajian, perbincangan dan proses berfikir yang berhari-hari. Pros and cons tu perlu disenaraikan. Bukan pada mad'u je yang ntah sape2, tapi juga buat ahli keluarga yang latar belakang agamanya berbeza-beza.

Ingat, pakai purdah ni jangan sebab ikut orang taw! Cari maknanya yang tersendiri.

Someone asked this to Ustaz Sharizan,
"Ustaz, kalau orang tu pakai purdah lepastu dia bukak (purdahnya), apa hukumnya?"

dan simple sahaja jawapan ustaz,
"Pakai purdah tu sunat. Pakai dapat pahala. Bukak tak dapat apa-apa."

dan saya tahu ustaz sengaja tidak membincangkan dalil2 dan khilaf sebagainya. Benda simple tak perlu diperdebat.


Segan vs Malu
Segan tidak sama dengan pemalu. Segan pada semua tempat dan perkara. Tapi malu, pada tempat-tempat tertentu dan perkara-perkara tertentu. Rasulullah bersifat dengan sifat pemalu dan bukan penyegan.

Malu dengan Allah

malu dengan Rasulullah 
malu untuk berbuat perkara dosa sama ada ketika dilihat atau bersembunyi
malu untuk tidak mengatakan kebenaran
dan banyak lagi contoh.

Malu sangat jauh berbeza dengan segan.


Maka, berpurdah bukanlah penghalang untuk berkata-kata di khalayak ramai. Bukan penyebab malu bertanya hingga sesat jalan. Bukan penghalang untuk menjadi diri sendiri. Selagi berada di jalan syariat, teruskan jangan segan2.

Purdah bagi saya untuk menjaga. Menjaga diri daripada melakukan perkara yang berlebih-lebihan yang mungkin TERbuat ketika tidak memakai purdah. Contohnya, gelak lah.


and ouh, bila berpurdah jangan terdedah. dah pakai purdah, kurang2 lah menayang gambar anda berpurdah. (especially pada jarak yang dekat). Kata 'mahal'. Kata 'pemalu' ;)

#pulang ke Malaysia, boleh jumpa ramai yang pakai purdah kat mana-mana. Jelesss~ Tapi selesa menjadi diri sendiri. huhu


.............................................................................


Ouh, bawah ini hanya lampiran:

Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata, “Saya ingin jelaskan sebuah hakikat yang pada dasarnya sudah jelas, sebuah hakikat yang telah dikenal di kalangan ilmuan, iaitu perkataan tidak wajibnya penutup muka dan dibolehkannya membuka wajah dan kedua tapak tangan dari anggota wanita di hadapan lelaki. Ini adalah pendapat majoriti ulama fiqh sejak zaman sahabat.”

Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata, “Saya berkeyakinan, zaman kita sekarang telah memberi wanita banyak peluang dan kesempatan yang mengharuskan kita untuk menyusun kembali pemikiran-pemikiran kita yang memudahkan wanita untuk membentuk keperibadiannya.”

Di dalam kitab Al-Ijtihad fi Asy-Syariah al-Islamiyyah, saya menyebutkan, saya menganjurkan wanita yang bergerak dalam bidang dakwah hendaklah tidak mengenakan penutup wajah. Alasannya agar tidak menjadi penghalang komunikasi antara dirinya sebagai da’i dan masyarakat sebagai objek dakwah. Menjaga kemaslahatan dakwah lebih penting dari apa-apa yang dia berjaga-jaga kerananya.”

Dr. Yusuf al-Qaradhawi mengingatkan, “Tidak dibenarkan bagi saudari-saudari yang menutup wajahnya dan menyeru kepada menutup wajah, menyerang wanita muslimah yang berpegang, beramal dan berdakwah dengan pendapat majoriti ulama yang mewajibkan jilbab tanpa penutup wajah.”

Seharusnya serangan mereka diarahkan kepada kaum liberalis yang mengarahkan kaum wanita muslimah berpakaian terbuka ala Barat. Para muslimah itu sendiri telah bersusah payah mempertahankan jilbabnya di lingkungan kerjanya, kampungnya dan rumahnya.”

tapi yang ni macam, menembak diri sendiri. erk~
"Manakala yang menganggapnya sebagai sunat, memakainya sebagai suatu alternatif menzahirkan komitmen ‘ubudiyyahnya kepada Allah. Golongan ini memakai purdah di tempat tertentu dan membukanya di tempat yang lain. Pada saya, selagi mana dianggap sunat maka tidaklah menjadi masalah. Cuma dari sudut istiqamah, ia kelihatan sedikit cacat." 
-Ustaz Ahmad Syafiq

Semoga berlapang dada menerima pendapat :)



Refferences:
Berniqab atau tidak Berniqab?
Hati-hati Berpurdah Jangan Menyorok tapi Terdedah 
Niqabis sebenarnya...
All About Niqab



Sollu!
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

14 comments:

MFR said...

Agak hebat perempuan tu, makan pun masih pakai purdah tapi makan McD pulak. Heh. Boikot!

Amalin Shafirah Tuan Mahadi said...

aimi asrina noh :)

D r . A I D A said...

teruskan mujahadah!

Unknown said...

dalam sebuah buku yg saya baca ada mengatakan bahawa orang yang berniqab akan di sambut oleh allah sendiri di padang masyar...MASYALLAH

Anonymous said...

saya teringin sangat nak berpurdah. tp saya ni masih pelajar sekolah menengah. pelajar tak digalakkan untuk berpurdah. tp saya sgt tak slesa stiap kali bl pelajar lelaki merenung wajah saya. apa yg perlu saya lakukan? :'(

Cik Hati Rapuh said...

abaikan sahabat2 lelaki tu :) sabar, tunggu sampai habis sekolah dan teruskan niat murni untuk berpurdah.

gunakan masa sekarang ini untuk kukuhkan diri pada perkara2 fardhu.

mantapkan skill komunikas. semoga apabila berpurdah, kita ada kualiti dan tidak mudah dipijak manusia yang mengatakan muslimah itu jumud dan kolot.

pelajar2 lelaki yang di hati mereka ada penyakit dan agak 'liar' pandangannya, abaikan. yang penting, tutup aurat kita dahulu. tegas dalam kelembutan.

purdah itu extras seorang hamba. extras yang berat jika tiada persediaan yang hebat.
moga kuat ^_^

Anonymous said...

Mahu tanya pendapat sis.

Saya baru berjinak2 dengan niqab. Tapi cuma pakai masa2 tertentu. i.e bila saya rasa saya perlu extra protection. Contohnya bila berjalan seorang diri. kerana saya rasa lebih selamat tiada siapa berani ganggu. Saya tiada banyak ilmu tentang pemakaian niqab ini. Saya cuma tahusaya rasa lebih selamat. Saya tidak mahu jadi fitnah pada niqabi lain.

Soalan: apakah do's and dont's utk niqabi?

Cik Hati Rapuh said...

ilmu itu boleh dicari. dah ramai ustaz dan ustazah tulis ttg purdah di blog2 mereka. boleh cari di internet atau tanya pendapat pemakai2 purdah =)

Do's and Dont's kita sebagai muslimah sama ada memakai purdah atau tidak tetap sama. Taqwa. itu yg Allah pandang. (taqwa= hamba, sahabat, anak etc yg baik)

bg saya ok je memakai utk keselamatan. teruskan =)

cumanya, harap sis dapat tetapkan pendirian. pendirian itu bukti keyakinan. semoga kuat ^_^

Unknown said...

Saya teringin nak pakai purdah, tapi family saya seperti tidak menggalakkan. Alasan mereka, perangai saya jauh sekali dengan perangai pemakai purdah. Ada juga bekecil hati dengan kata-kata mereka. Selalu juga syaitan berbisik, kalau pakai purdah nanti itu, nanti ini. Saya teringin sangat dan memang dah bulatkan hati nak pakai. Tetapi terdapat banyak halangan. Apa perlu saya buat?

Cik Hati Rapuh said...

Berubah itu payah tapi tak mustahil. Jika purdah dapat tingkatkan speed kita untuk berubah mjadi lebih baik, tafaddhal. Silakan2. Ramai yg akan menyokong ukhti dari belakang.

Jika tak yakin, bina kekuatan diri dari segi ilmu agama dulu. Cari kekuatan dari sisiNya. menapak selangkah dan Allah akan bantu langkah2 seterusnya, insha Allah.

dan jangan lupa untuk istikharah ye :) Purdah itu sehelai kain yg menuntut kita untuk sentiasa beringat, kita ingin istimewa hanya pada pandangan Allah. hanya Allah. lillah.

Moga kuat ukhti! ^_^

Miss Nida said...

like your article.. :-)

Unknown said...

selagi boleh istiqamah,kita teruskan ..
Berjuang wahai serikandi ! :)

Anonymous said...

saya nak komen pengomen pertama.

Makan mcd bukannya haram. jangan haramkan benda yang halal. Kalau saudara nak boikot silakan. Tapi jangan melampaui batas dengan mengharamkan benda yang halal. Cuba check ayat quran berkenaan larangan ini. Cuba tengok sirah sikit. Rasulullah pun bermuamalah dengan Yahudi. Yahudi dulu dengan sekarang sama saja. Fikir2kanlah.

Kepada saudari, teruskan istiqomah!

@Fr!^n@ said...

Salam...maaf baru jumpe post ni..tp nak tnya kalau berjogging adakah penulis masih memakai purdah?

Post a Comment