Jannah-mate Insya Allah

Sunday, March 10, 2013

Of Sabar

بسم الله الرحمن الرحيم
[kredit pokcik Google]

Hakikat sabar, 

satu anugerah yang tidak mampu dimiliki oleh manusia-manusia biasa.
kerana
bukankah Syurga itu dipagari dengan kesusahan
dan BERSABAR itu suatu benda yang susah, bukan?

koff koff
*berhabuknya blog ni. almaklumlah, blog futur. erk~

dalam al-Quran sendiri ada mencatatkan...

orang yang sabar 20 orang mampu mngalahkan jumlah yg lebih ramai.


orang yang sabar 100 orang mampu mengalahkan jumlah yg lebih ramai.

orang yang sabar 1000 orang mampu mengalahkan jumlah yg lebih ramai.

syaratnya apa?

SABAR.


Sabar dalam istiqamah melakukan ketaatan.
Sabar apabila ditimpa musibah.
Sabar daripada melakukan (melindungi diri daripada) maksiat.

dan tak lupa, manusia yang hebat bukan dlm kalangan pejuang 
tetapi yg mampu menahan amarah. 
itu hebat!

sabar itu pada hentakan pertama musibah. bukan dah marah, caci-maki baru sabar. 

tapi pada detik pertama diuji.

sabar itu anugerah yg mahal. 
berusahalah untuk sabar dalam setiap keadaan dan PERBAIKI DIRI.

Allah tak suruh sabar dan duduk diam2. 
Rasulullah kalau geram dgn seseorang pun bersabar dan meninggalkan tempat tersebut.

dan mafhum hadis sendiri ada bercerita
andai marah ketika berdiri, duduk. 
rasa marah lagi, baring. 
marah lagi? 
cari cari cari penyelesaian!

dan Allah tak suruh ikut nafsu marah itu. Allah suruh lawan!

dan sungguh mengambil wudhu' itu antara penawar mujarab nafsu amarah yang sedang membakar.

Tak percaya? Try lah!

dan Rasulullah, qudwah hasanah yang dicintai telah menunjukkan tahap kesabaran manusia yang paling tinggi dan indah. Allah Allah

dalam setiap kegagalan
cari di mana erti kesyukuran seorang hamba
dan kedua, kesabaran
untunglah yang bersabar lantas berusaha dan bertawakal.
rugi yang bersabar dan tawakkal tapi tiada usaha.
sangat3 rugi buat yang tak semuanya.
Na'uzubillah~

namun perlu sentiasa diingat, hak-hak yang dicabuli dan agama yang diperlekehkan, Rasulullah tak akan berdiam diri. Trust me! Rasulullah manusia yang paling terkehadapan dalam menegakkan yang hak! Osem, bukan?! Huuuu~ Hensem2

Sabar, maknannya terlalu luas namun tidak terbabas.

dan Allah tak akan kurniakan sifat SABAR dalam diri insan sebelum hadirnya ujian.
mana mungkin lahirnya manusia penyabar tanpa ada penyebab kesabaran.
SABAR itu mahal.
SABAR itu sweet.

*macam mama, sweet je melayan anak-anaknya yang nakal. Ouh, rindunya kat mama. T.T sobs2

Ya Rahim,
Yang Maha Penyayang.
Ya Allah, 
sungguh Engkau Maha sabar melayani hambaMu yang sering berbuat dosa. 
Kami buat dosa, Kau ganti dengan cinta.
Kami lalai dalam kegelapan, Kau kurniakan cahaya
mencurahkan hidayah dan petunjukMu kepada hamba berdosa
tatkala kami dalam beringat atau kami terlupa

dan syarahan Ustazah Maha pada ayat 5 surah al-Ma'arij sungguh memberi ketenangan
فَاصْبِرْ صَبْرًا جَمِيلًا
Apa katanya?
Orang mukmin itu, apabila ditimpa musibah
dia akan ucap, "Alhamdulillah"
kerana apa?
kerana dia tahu dia ada Allah

Ya! Kita ada Allah.
Apabila kita ada Allah, kita ada segala-galanya.
dan Allah, Maha Besar
lagi BESAR dari problem kita.

bukankah Allah dah janji,
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا 
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Maka, sesungguhnya, setiap kesusahan ada kemudahan. 
Sesungguhnya setiap kesusahan ada kemudahan.
(94: 5-6)

Dia dah janji. 

dan tak akan pernah mungkiri janji.



.......................................................................................

Selawat 
itu mampu menghilangkan kegelisahan 
dan membuka jalan penyelesaian. 
Insha Allah. 
Sollu!
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم



monolog: 
#"Kalau aku tak bangkit dari jatuh, siapa yang akan bangkitkan aku. better aku bangkit dari dok diam2 bila dah jatuh. Yosh! Rabbuna yusahhil!"

#Allah tak akan ubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu yang mengubah nasib mereka sendiri, bukan? :)

#DoNUT= Doa, Usaha, Niat, Tawakal

#final exam, hoyeahhh!

No comments:

Post a Comment