Jannah-mate Insya Allah

Thursday, March 28, 2013

Sut Ali yang Beraura Negatif?

بسم الله الرحمن الرحيم


#memaksa diri untuk menaip.

hari ini mahu cerita pasal Sut Ali yang Bertenaga Negatif. lalalala~

"Sut Ali"?
Tuxedo kah?
kimono kah?
atau sut Superman yang dicuri Ali?
maka hipotesis kita...
Ali adalah Superman?!!
(ok fullstop! melalut selepas minum secawan teh hijau.)


Sut Ali atau aghabnya صوت عالي
bermaksud 'Suara yang tinggi'
(tak pasti betul ke tak nahu nih. haih~ sapa suruh tak study aghab betul2. dush3)

*sambil mendengar lagu 'So Soon' nyanyian Maher Zain. suasana menaip menjadi sayu.

Pernah dengar
antara perbuatan yang mampu merosakkan ukhuwah
"Bercakaplah dengan suara yang tinggi"

Fitrah manusia
tidak suka dipekik-pekik
diperli pedas walau di sebalik dinding
apatah lagi dimaki
cukuplah suara tu naik lebih 5000 decibel (kebiasaan volume maximal manusia berbicara)
dan orang lain yang mendengar
akan rasa
anda ni ada aura negatif yang perlu dijauhi

"jom kita menjauh dari orang sebegini"
monolog mereka mungkin?

Pentingkah tone suara ni?
Penting!
kalau tidak,
masakan dalam al-Quran sendiri
adanya ayat yang meminta para Sahabat
bercakap tidak melebihi volume suara Rasulullah

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya.

Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya semasa mereka berada di sisi Rasulullah (s.a.w), - merekalah orang-orang yang telah dibersihkan Allah hati mereka untuk bertaqwa; mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
(49: 2-3)
diceritakan
selepas turunnya perintah tersebut
Saidina Umar yang tegas dan garang itu pun
terus taat akan perintah Illahi
hinggakan sukar untuk didengari suaranya
apabila berbicara dengan Rasulullah

See!

"Tapi ayat tu untuk diaplikasikan ketika berbicara pada Rasulullah" <--- Anonymous terbiar

*krik krik krik (cengkerik berbunyi)

Ya, aku bukan penafsir al-Quran!
tapi
common sense lah, bai
kita tidak suka manusia yang bising dan memekakkan

bukankah anda juga tidak suka
apabila seseorang berbicara dengan anda dengan suara yang tinggi
dah lah kuat, bahasanya pula kacau bilau
jika melaung dari jarak jauh, itu boleh dimaafkan
jika sengaja dari jarak yang dekat?
itu memang nak bagi pahala sabar free2 jelah
Alhamdulillah!

dan
ada sebab Rasulullah ulang "لا تغضب" (jangan marah) sampai tiga kali
ulang suara, TIGA KALI!
bahasa mudahnya,
PENEGASAN yang bukan main-main

bila marah, suara kuat
bila suara kuat, sedang marah
ini psychology yang perlu dipelajari!
manusia tidak suka manusia bising yang membuat pencemaran bunyi
bosan tahu!
sakit!
telinga sakit!
hati sakit!

(ini bukan confession untuk lepas marah. ini nasihat. sila lah husnuzzhan dengan saya. *wink2)

so
tugas kita
berbicara lemah lembut dan indah
seperti Rasulullah
hensem sungguh!
*Akhawat, suara gedik anda itu mahal! sila simpan dan guna peti suara yang garau tegas

dan berbicara dengan lemah lembut ini
pada keadaan tertentu dan waktu tertentu
mana mungkin
digunapakai ketika sedang berdebat
atau ketika
berhadapan dengan musuh ketat

contoh mudah diberi
anda berhadapan dengan tentera Israel
yang sedang ingin membunuh saudara kita di Palestine
anak sudah berdarah di ribaan ayah

"one down one more to go," bicara si pembunuh

senapang di dahi
picu telah ditarik
mahu berbicara lemah lembut lagi?
atau sekadar berdiam diri?

Skill komunikasi.
crucial!
sila upgrade tinggi-tinggi
jangan kaku tersipu malu
hinggakan hak pun mudah-mudah dicabuli
hinggakan musuh tersenyum sumbing
melihat kita berdiam diri
hinggakan ramai menjauhkan diri
mendengar kita ber'sut ali'

jangan jadi tin kosong, letak syiling, bising!
jangan jadi tin air bergas, goncang2
bukak, tersembur
minum, memudaratkan

jadilah tin pes tomato
boleh buat spaghetti, ayam masak merah, lasagna, bla3
(abaikan analogi ini. huh)

senang cerita
jadilah manusia yang suaranya
tinggi pada keadaan yang perlu
rendah pada keadaan yang perlu
atau sederhana
hingga setiap ungkapannya membasahkan jiwa
Allah~

berani berani guna 'Sut Ali'
dan anda akan beraura negatif
hingga manusia akan menjauhi

........................................................................
coret-coret:
"biadab eh kau"
ayat gurauan kami di SMKAJB dulu
selepas itu bergelak-gelak sakan
Ya
bahasa itu sangat kasaq
aku tak boleh nak tipu
hingga menjadi adat yang pelik di sekolah
tapi
Alhamdulillah
nakal-nakal kami pun
still jumpa ad-deen di SMKAJB
nama pun 'bumi tarbiyah' kan





Selawat dengan penghayatan dan cermat
suara sederhana bukan jerit kuat-kuat

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم




4 comments:

Unknown said...

ali bukanlah superman.

Cik Hati Rapuh said...

baik.

Unknown said...

Hehe. Betul aimi :) Macam wasiat hasan al banna yang ke tujuh.

"Janganlah saudara bercakap lebih nyaring melebihi kadar yang dikehendaki pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah sesuatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang"

Lepas ni kita main-main bisik-bisik la. ^^

Cik Hati Rapuh said...

jom bisik2 >.< huhu

Post a Comment