Jannah-mate Insya Allah

Thursday, August 16, 2012

Gonjeng atau Alim, Kau Tetap DAIE.


 


Gonjeng? Tahu tak maksud gonjeng? Students dekat SMKAJB mungkin tahu perkataan ni. Mungkin juga mereka-mereka yang study di Johor tahu perkataan ni. errr... mungkin tidak. heee

بسم الله الرحمن الرحيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Kalau based on kefahaman saya, gonjeng means gila-gila, happy go lucky, nakal, bising dan yang sewaktu dengannya.

Alim? 


Kalau kita ambil dari perkataan arab, mungkin pada bahasa maksudnya adalah orang yang berilmu. Sebab tu para ulama' dipanggil 'alim ulama' kerana ilmu mereka sangatlah tinggi. Dan ketinggian ilmu ini dihiasi pula denga kezuhudan. Hebat kan? ^_^

Tapi kalau mengikut kamus dewan bahasa dan pustakaq pelajar-pelajar, mungkin maksudnya lebih kepada mereka-mereka yang skema, budak baik, favourite student, geng surau, budak nerd, mereka-mereka yang bertudung labuh atau berkopiah, budak senyap dan ect. opps~



من قال لا إله الا الله فهو داعي 

"Sesiapa yang mengucapkan 'tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah', maka dia adalah daie"



Haaaaaaaaa!~
Kata2 hikmah ini ditujukan khas untuk anda ^_^


Ya. Anda!!!
Tak perlu toleh kiri kanan.
Anda yang suka buat rambut pacak depan.
Anda yang suka pakai shawl.
Anda yang suka pakai jersey Harimau Malaya.
Anda yang suka pakai tudung bawal tiga tona.
Anda yang suka pakai jeans lusuh.

Anda yang suka ronda kampung pakai motor kapcai atok.

Ya! Anda!


Yup. Anda adalah seorang daie. 
Tak perlu buat alasan lapuk ilmu agama tak cukup lagi, kerana anda yang mengucapkan syahadah suci ini. Syahadah tanda penyaksian di atas keislaman yang diucapkan sekurang-kurangnya 5 kali sehari.  

Ya. Hakikatnya, kita semua adalah daie. Tidak kira yang berambut pacak depan, berkopiah putih, berbaju jersey MU mahupun Liverpool, bertudung labuh ataupun bertudung bawal 3 tona, kita semua adalah daie selagi mana memegang title sebagai seorang muslim/ah. 

Malah, seorang pengemis jalanan sehinggalah seseorang yang berstatus Datuk atau YB pun, selagi mana mereka mengakui keislaman mereka, maka secara automatiknya mereka adalah seorang daie.




I'm a Daie



"Nama saya Muhammad. Saya seorang daie dan bakal engineer"

"Nama saya Nur. Saya seorang daie dan bakal guru"

"Nama saya Khadijah. Saya seorang daie dan bekerja sebagai doktor"


Lebih kuranglah ceritanya yang saya dengar seperti di atas. Dalam satu halaqah, apabila diminta memperkenalkan diri, setiap pelajar akan dengan yakinnya memberitahu tugas utama mereka sebagai seorang daie dan seterusnya barulah memberitahu jawatan atau tugas mereka yang terkini.




Cegah Pakai Hati BUKAN Sekadar Membenci



"Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan (kuasa/pangkat), jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah (nasihat), jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman." (Hadis Riwayat Muslim)

Dengar orang mengumpat. Benci. 
Nak cegah pakai tangan (kuasa), rasa rendah diri. 
Nak cegah pakai lisan (nasihat), rasa macam tak sedar dosa sendiri. 
Bisik pada diri, cukuplah cegah pakai hati, sekadar membenci. 

Tapi...

Betul ke cegah kemungkaran pakai hati, cukup sekadar dengan membenci?

Dari apa yang saya belajar, cegah pakai hati BUKAN sekadar membenci. Kalau macam tu, senanglah kerja dakwah ini. Nampak kemungkaran, benci. Benci. Benci. Benci.

Bukan begitu caranya mencegah pakai hati. Benci bukan sekadar dalam hati tapi harus dibuktikan, dicerminkan dengan perbuatan.

Contoh, melihat orang berdating. 
Takkan sekadar membenci lepastu sambung shopping. (Kenapa contoh dating? siapa yang terasa jangan marah. Andai Rasulullah ada, pasti baginda juga tidak suka habit yang satu ni. ye tak? Takpe, jom berubah!) 

Nampak orang mencuri di kedai runcit, benci. Lepastu sambung beli grocery.

Bukan. Bukan itu caranya cegah pakai hati.

Buktikan, cerminkan pada wajah atau perbuatan.

Bila nampak ada sahabat yang berdating di kelas. Hempas buku. Keluar kelas. Itu cegah pakai hati. Kalau nak lagi kreatif dan berhikmah, mungkin juga boleh try tarik sahabat anda dan belanja dia kat kantin. Heeee. Dakwah itu perlukan pengorbanan. kaaaan~

Bila nampak ada sahabat yang mengumpat. Jeling. Buat bunyi 'shushhh!!' kuat-kuat (jangan sampai terpecik air liur sudah laah). Lepastu letak jari kat mulut.

Heeee. Mungkin tak boleh nak hentikan habit mengumpat sahabat ni, tapi at least kita dapat memberhentikan kemungkaran yang sedang berlaku di depan mata. Tambahan, dapat juga menghilangkan calitan dosa sebagai pendengar umpatan dan dosa sahabat-sahabat yang mengumpat.

Apa?! Takut dibenci. Jika jalan dakwah ini mudah, pasti ramai yang akan join. fitrah dakwah itu susah.

Tapi, bukankah sebagai manusia, Allah dah kurniakan setiap orang anugerahnya yang tersendiri?

Jadi daie, kenalah kreatif. Dakwah kenalah berhikmah. Gunakan bakat anda tu! (klik sini)

Hebatnya Rasulullah, teguran baginda berhikmah. Dakwah baginda dapat menyentuh hati-hati manusia yang pelbagai keletah dan kerenah. dan tentu cara dakwah itu perlu dipelbagaikan supaya dapat ngam kamceng dengan hati mad'u. 



Daie yang hebat, adalah daie yang mengenali mad'u nya!

Kenali mad'u anda (klik sini) kerana setiap manusia Allah telah jadikan berbeza setiap sifat dan perangainya. dan perbezaan itu adalah cabaran untuk kita. Mengenali hamba untuk mengenali pencipta. Kerana hanya Dia yang paling paling paling memahami perangai hamba. :)

Tapi, takkan lah dari dulu nak cegah pakai hati je kan. Takpe, try sikit-sikit tingkatkan skill dakwah anda okeh. 



Beritahu Apa yang Anda Tahu




"Let me tell you what I know"

Daie, bukanlah tempat rujukan fatwa. Bukan juga tok kadi. hehe (dah tak lama lah nampaknya ==') Bukan juga penentu siapa yang berdosa siapa yang mulia. 


Sampaikan apa yang anda ketahui. Kalau nak tunggu sampai ilmu mengunung tinggi, rasanya takkan ada siapa yang layak menjadi daie. kan?!

Adakalanya, mad'u kita bukan tak tahu, cuma mereka tidak dapat menghayati keindahan Islam, tidak dapat menghayati kepentingan solat, tidak dapat menghayati kecantikan menutup aurat. Sedangkan, segala suruhan Allah adalah kerana kasih dan cintaNya pada hamba-hamba.

So, itu juga adalah di antara tugas kita sebagai daie. Membantu mad'u kita menghayati keindahan menjadikan Islam sebagai cara hidup. Islam itukan ad-Deen. dan maksud ad-Deen itu sendiri adalah cara hidup. Terlalu syumul, menyentuh setiap aspek kehidupan.




Follow Me




Terkadang berfikir mengapa setelah umur Rasulullah berumur 40 tahun barulah dilantik menjadi rasul dan nabi terakhir. Tapi, jika difikirkan balik, mungkin juga Allah ingin biar manusia melihat kehebatan dan ketinggian sifat-sifat mulia Rasulullah. 

Akhlak yang memukau dan kesantunan yang tinggi sehinggakan terkenal dalam kalangan penduduk Mekah dengan panggilan al-Amin. Itulah kehebatan perancangan Allah.

Dakwah bil hal (dakwah dengan teladan) itu antara faktor utama kejayaan Rasulullah. Rasullah itu teladan. Menjadikan dirinya ikutan.



Kita adalah duta Islam. 

yup. Jangan tengok siapa yang memberi nasihat, tapi tengoklah isi nasihat yang disampaikan. Tapi, fitrah kot, semua orang akan melihat kepada siapa yang berkata. Ye tak?

Apa yang kita pakai, apa yang kita lakukan, akan dilihat oleh mad'u kita. Kita menjadi contoh kepada semua orang tak kira yang muslim atau non-muslim. Kita adalah duta Islam.


 

Maka, jadikan diri anda teladan dahulu. (cik Aimi, sila pesan ni pada diri sendiri dulu ye >.<)




Tahajjud Pengasah Bicara


Ada seorang ustazah memberitahu bahawa antara kelebihan menunaikan solat sunat Tahajjud adalah akan ditajamkan lisan. Menjadikan setiap kata-kata itu mudah untuk menyentuh hati-hati para mad'u. Terkesan dengan mendalam.

Mungkin pada awalnya memberontak. Tapi, siapa tahu, kata-kata nasihat itu juga yang akan membuatkan mereka berfikir dua tiga kali untuk mencari semula jalan pulang setelah lama dalam kebingungan. Sebab hati mad'u kita, Allah yang pegang.

So, jom sedaya upaya melaksanakan solat sunat tahajjud! Tak mampu buat setiap hari try buat at least sekali seminggu. dan semoga juga lisan yang menuturkan hikmah dibuktikan sekali dengan perbuatan.


Ramai sekali manusia yang hebat berbicara. Tapi hanya segelintir manusia yang kata-katanya meresap jauh ke dalam jiwa. Itulah kata-kata manusia yang dekat dengan Allah. Semoga diri yang istiqamah menunaikan tahajjud, kata-kata dari hatinya mampu menyentuh hati-hati manusia lain yang juga dalam pegangan Allah.

hmmmmm~
kesimpulannya, budak nakal dan budak baik, geek dan gila-gila, rock dan sentimental serta ect. selagi mana anda adalah seorang muslim, then you are automatically a daie. Pendakwah. Duta Islam yg official. okeh!

teringin nak cakap dengan bergayanya pada anda,

"Gonjeng atau alim, kau tetap DAIE!!!" 
pastu blah dengan penuh dramatik ala-ala James Bond meninggalkan scene yang meletup. fuhhh. mesti bergaya lah. hahaha (erk~ melampau sgt pulak rasanya)




Coret-coret:

"Syurga hanya untuk orang yang luar biasa" -Ustaz Zamri, TV9

Jom tambah ilmu dan bakat untuk menjadi daie gojes dan osem. Menyentuh hati-hati manusia dengan hikmah. Menyedarkan mereka betapa perlu kita seronok dan bahagia dipilih Allah menerima hidayah untuk menjadi seorang muslim. Title yang dijanjikan syurga.

Akhir kalam,
Saya Aimi Asrina. Seorang daie dan bakal doktor. insha Allah~ ^_^





...Alhamdulillah dilahirkan sebagai seorang muslimah...


4 comments:

haliqA said...

Salam.
nice entry
Cuma nak cakap, man qola lailahaillallah tuu, BUKAN HADIS, tapi qoute from hukama'
Boleh rujuk kitab2 hadis-hdis soheh.
Maaf andai teguran ini mcam drastik. Saya pun nak jd daei yg hebat. MAy Allah bless :D

Unknown said...

MasyaAllah. Jzkk aimi. lama tak dpt pengisian mcm ni :-)

barakallah fiikk

Cik Hati Rapuh said...

wassalam. ouh.
sbb selama yg saya tahu, ni hadis
xpe, nnt try cek balik
jzkk atas teguran ^_^

Cik Hati Rapuh said...

hee. hadza min fadhli rabbi. alhamdulillah. syukran ya habebti :)

Post a Comment