Jannah-mate Insya Allah

Wednesday, October 17, 2012

Pillow talk #1- Psycho!


بسم الله الرحمن الرحيم

#Pillow talk bukan bicara hati ke hati. Sekadar bicara dari hati. Mungkin tidak menginspirasi. Sekadar berbasa-basi. Less is more, I hope.

Suka Psikologi!

adakalanya mengenali, memahami perangai dan keletah manusia
buat aku lebih kagum padaNya
mungkin kerana minat kepada subjek psikologi
ilmu yang dekat dengan hati-hati insan
hati-hati yang ingin difahami

"The study of understanding a human being is a wonderful art to know Him" -me

bukankah Allah yang paling paling paling memahami perangai hamba
maka
ilmu untuk mengenali dan memahami
asbab sesuatu tindak-tanduk manusia itu
antara ilmu yang hebat untuk dipelajari

Allah jumpakan aku dengan pelbagai jenis manusia
memberi aku kesempatan menganalisis kehidupan yang cukup comel ini

cuba untuk mencari kehebatan dalam setiap manusia yang dikenali
agar dapat mencari kehebatan demi kehebatan pencipta yang mencipta

Allahu
hebat sungguh perancanganMu
pertemuan dengan insan-insan di dunia ini
sentiasa mengajar aku erti kehidupan
dan memberi aku kekebalan untuk terus maju
tanpa erti bosan mengenali sifat-sifat hambaMu

kalau ada manusia yang comel sifatnya
Engkau mampu buat aku tersenyum dengan sifatMu yang maha penyayang

kalau ada manusia yang amarahnya memuncak
Engkau buat aku berfikir tentang betapa cintanya Engkau padaku
sedangkan
aku hanya hamba
yang jika tiada di dunia tiada memberi kesan pada kekuasaanMu
yang jika hilang tiada berkurang kemuliaanMu
namun Engkau terus-terusan memegangku

kalau ada manusia yang hebat lagi menghebatkan ummat
aku lebih kagum dengan tarbiyahMu yang cukup elegant
untuk membentuk seorang khalifah sepertinya

seperti mana
Engkau sentiasa memberi aku kesusahan
sebelum mencapai sebuah kemenangan

Alhamdulillah
Terima kasih ya Allah

#tidak faham? ini pillow talk saya. [fullstop]



sollu 'ala habibina Muhammad

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Sunday, October 14, 2012

In a Relationship...


بسم الله الرحمن الرحيم
#tajuk cari kontrobesi~

Smart Circle: Kehangatan "Innocence of Muslim"

Kepulangan semula ke Mesir ibarat memberi semula nafas baru untuk terus berubah. Kagum dengan sahabat-sahabat yang terus thabat di jalanNya. Allahu Allah~ Malu.

First SC, bagai menyuntik semula cinta-cinta Rabbani dalam jiwa. Rasa hati ni basah semula dengan ayat-ayat cintaNya.

'Innocence of Muslim'- our main topic.

Ya. Filem yang ibarat berteriak kepada semua umat yang terlena, "Bangun! Kalian ada Rasulullah yang perlu dibela!"




Sedih. Sunnah dan kewajiban Rasulullah ibarat dipandang sebelah mata, masjid sunyi dan kosong ketika tiba masuk waktu solat tetapi apabila berdemonstarsi, penuh satu bandar. Yang lebih menyedihkan, bila ramai manusia tidak berdosa yang cedera dalam demo tu. Konklusi perbincangan:

Tuesday, October 9, 2012

Ketika Bibir Bertakbir

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum.

diceritakan suatu hari Amru Khalid (orang hebat Mesir) bersolat di masjid bersebelahan seorang pemuda. Seusai sahaja mengangkat takbir, pemuda tersebut terus-terusan menangis dengan kesedihan yg teramat.

Selesai solat, keterujaan Amru Khalid untuk mengetahui sebab mengapa pemuda itu menangis tersedu-sedu menebal. Sedangkan pemuda tersebut baru shj mengangkat takbiratul ihram. Walhal, bacaan al-Fatihah atau ayat2 al-Quran yang menggetar jiwa belum lagi kedengaran.

Apabila ditanya kenapa pemuda itu menangis sedangkan dia baru shj mengangkat takbir, jawapan pemuda itu ternyata sungguh menggetar jiwa:
"aku takut aku tidak menghayati ungkapan 'Allahu Akbar!' (Allah Maha Besar) ketika mengucapnya." (lebih kuranglah dialognya begini)

Friday, October 5, 2012

Bantahan Berhikmah

بسم الله الرحمن الرحيم

Terdapat satu hadith yang mengisahkan Rasulullah menasihati para sahabat dengan mengulang 2 perkataan ini secara tiga kali berturut-turut iaitu:

لا تغضب!

maksudnya: Jangan marah!

Subhana Allah.

Apa pandang-pandang? Nak kena tembak?