بسم الله الرحمن الرحيم
#Pillow talk bukan bicara hati ke hati. Sekadar bicara dari hati. Mungkin tidak menginspirasi. Sekadar berbasa-basi. Less is more, I hope.
Suka Psikologi!
adakalanya mengenali, memahami perangai dan keletah manusia
buat aku lebih kagum padaNya
mungkin kerana minat kepada subjek psikologi
ilmu yang dekat dengan hati-hati insan
hati-hati yang ingin difahami
"The study of understanding a human being is a wonderful art to know Him" -me
bukankah Allah yang paling paling paling memahami perangai hamba
maka
ilmu untuk mengenali dan memahami
asbab sesuatu tindak-tanduk manusia itu
antara ilmu yang hebat untuk dipelajari
Allah jumpakan aku dengan pelbagai jenis manusia
memberi aku kesempatan menganalisis kehidupan yang cukup comel ini
cuba untuk mencari kehebatan dalam setiap manusia yang dikenali
agar dapat mencari kehebatan demi kehebatan pencipta yang mencipta
Allahu
hebat sungguh perancanganMu
pertemuan dengan insan-insan di dunia ini
sentiasa mengajar aku erti kehidupan
dan memberi aku kekebalan untuk terus maju
tanpa erti bosan mengenali sifat-sifat hambaMu
kalau ada manusia yang comel sifatnya
Engkau mampu buat aku tersenyum dengan sifatMu yang maha penyayang
kalau ada manusia yang amarahnya memuncak
Engkau buat aku berfikir tentang betapa cintanya Engkau padaku
sedangkan
aku hanya hamba
yang jika tiada di dunia tiada memberi kesan pada kekuasaanMu
yang jika hilang tiada berkurang kemuliaanMu
namun Engkau terus-terusan memegangku
kalau ada manusia yang hebat lagi menghebatkan ummat
aku lebih kagum dengan tarbiyahMu yang cukup elegant
untuk membentuk seorang khalifah sepertinya
seperti mana
Engkau sentiasa memberi aku kesusahan
sebelum mencapai sebuah kemenangan
Alhamdulillah
Terima kasih ya Allah
#tidak faham? ini pillow talk saya. [fullstop]
sollu 'ala habibina Muhammad
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم
2 comments:
sobs. segala yang wujud itu mengajari seseuatu
nicely said...
Post a Comment