Jannah-mate Insya Allah

Thursday, November 7, 2013

It is a plan. But not a mere one.

بسم الله الرحمن الرحيم
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

#saja kopipes status dari fb :p

antara sebab kenapa aku pilih untuk terus stay Mesir,
untuk cari sesuatu yg mungkin aku tak akan dapat kat Malaysia.

melihatkan masalah sosial adik-adik kecil dan rakan-rakan sebaya,
risau.
sedih.
pedih.

salah ibu yang mengandung?
salah ayah yang mendidik?
Salah guru yang mengajar?
Runsing.

Sehinggakan
aku serik melihat dan mendengar kisah penderaan 
fizikal mahupun mental
kedua-duanya aku benci

style keibubapaan Malaysia dibaca dari mata dan pengalaman,
style keibubapaan Mesir masih dikaji dari semasa ke semasa.

Medic student --> HO --> MO --> Mummy Pediatrician --> Pakar Perunding Keibubapaan

Pakar Perunding Keibubapaan?
Nak bina generasi yang hebat kena lentur ummah dari rebungnya
Nak lentur rebung biar jadi cantik, yang melentur pun kena hebat tarbiyahnya.

Jika yang melentur kasar, kita ajar jadi pelentur yang baik
Jika yang melentur kekok, kita ajar jadi pelentur yang mahir
Jika yang melentur lemah, kita ajar jadi pelentur yang hamasah
Hoyeahhh!

and
manusia yg paling byk menguji semangat untuk jadi pediatrician yang hebat
pastilah adik bongsu tercinta, Irfan Zuhairi, 2 tahun
senang cerita
with kids
'sabar' itu bukan mudah.

Candid raya tahun ini bersama Irfan Zuhairi

and teringin nak kutip ilmu dari Ustazah Siti Khadijah

ilmu hadith yang dipraktikkan dalam keperibadian
seperti menjelmakan Rasulullah dalam kehidupan

(untuk lawat blog beliau, tekan sini)

semoga ada hikmah
apabila ar-Rahman sentiasa menemukan aku 
dengan manusia-manusia yang hebat 
ditarbiyah keluarga
dan
ditarbiyah dengan masalah keluarga.

Semoga pengembaraan yg berbaki, diredhaiNya.
Allahumma Ameeen.

everyday,
Bismillahirrahmanirrahim...

#Coret-coret:
Nak jadi Pakar Perunding 'Keibubapaan'
kena jadi 'ibu bapa' dulu, ye tak?
Aherherher~

Semoga mendapat kapten bahtera yang sole7 wa musle7 
dan melahirkan anak kapal yang sole7/ah wa musle7/ah.
(Tetiba rasa dah tua. Erk)

#doakan

Tuesday, September 10, 2013

Niat: Baby First Step! Ecececece

بسم الله الرحمن الرحيم
"Aku nak jadi baik, ya Allah. Sungguh!" Bermonolog sendiri.
See the foot lah!

Thursday, July 18, 2013

It's all in your heart!

بسم الله الرحمن الرحيم
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَل

Every people wanted to do good
be good
looking good.

but if we are the one 
who's looking
for the bad qualities
don't blame people
for their imperfections.

this Ramadhan
lets purify our heart!

as
only pure heart
especially that's filled 
with Halawatul Iman
has
the magic of exeptance.

Magic of exeptance= Redha

Allhumma sallimna fi Ramadhan~


Saturday, June 22, 2013

Lari

بسم الله الرحمن الرحيم
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

kadang-kadang
aku rasa 
apa yang aku kejar hanyalah
dunia
dunia
dunia

Tuhan
jauhkanlah dunia 
dari hatiku
biar dalam genggaman
tapi
bukan dalam qalbu

lari
mencari akhirat
tapi
selalu rasa penat
mengapakah?

ikhlas
macam semut hitam
atas batu hitam
tika pekat malam
dalam gua kelam

aduhhh
rasa tak mampu
mungkin
rasa penat itu
kerna
kurangnya ikhlas dalam hatiku

moga Allah tunjukkan jalan
kepada aku
kepada kamu
tiap detik waktu

*mood: useless

Wednesday, June 19, 2013

Jentik Dahi Dai'e. Toing!

بسم الله الرحمن الرحيم

kadang-kadang
kita cari Tuhan
tapi tak jumpa
sebab kita lupa
Dia sentiasa ada

kadang-kadang
ada orang ajak mendekati Tuhan
tapi
dia ajak 
tarik-tarik baju
tarik-tarik seluar
tarik-tarik kain.
paksa.

kita taknak.
keras.

tiba-tiba
hati dijentik
jentik sikit je
terjaga dari lena
tercari-cari Dia.

dan masa itu
tiada yang menarik.
tiba-tiba tertarik.
dan tertunduk khusyuk
dalam sujud yang lama.

maka
tika itu
hidayah telah datang memeluk
taufeeq datang bertandang
menjenguk hadirkan rasa
fitrah seorang hamba
hasil rahmat dan cintaNya.

tiada siapa mahu neraka
tiada siapa mahu azabNya
tapi
kalau bukan kita yang bergerak
menapak untuk berubah
sampai bila pun
tak sampai-sampai ke Syurga

Mad'u tips for dummies:

Take it or leave it.

ignore the da'ie
take the da'wa
leave them
and go your way to Jannah
it's your hidayah
it's your taufeeq
grab it while you can
and most of all
you have Allah

and
when you have Allah
you have everything

and ouh
dear du'aat
you are a mad'u
too
don't forget that!

and
your mad'u
are your da'ie
if they didn't behave
then maybe you are too

so
puhhh-lizzz behave.
and recheck yourself.
(I mean, myself -.-)

............................................................

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّين 
tiada paksaan (memasuki) agama (Islam)
[2:256]


There are times
when we forgot
that
Islam is about inviting
not forcing.

"Deen without adab is not deen."
-Syeikh al-Habib Yusuf 
(keturunan Rasulullah S.A.W. ^_^)

*tepat jentikan itu terkena di dahi.
*pengsan.

..........................................................

do watch this!



Ya Allah,
hiasilah diri kami dengan akhlak al-Quran
sepertimana akhlak Rasulullah
Sollu!
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم


Wednesday, June 12, 2013

Abdou Desperado

بسم الله الرحمن الرحيم
 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم 
"manusia 
akan 
jumpa
Tuhan
dalam
keadaan 
DESPERATE."
Hamba desperate,
or I called it as Abdou Desperado (sukahatijah)

Sama ada sengaja atau tidak. 
Kita biasa lebih khusyuk meminta ketika kesusahan,
daripada meminta ketika kelapangan.

Aku sendiri mengaku.

*sigh

Bagi bukti?
Mudah!
Bandingkan doa untuk kejayaan final exam
yang lagi tiga hari 
dengan doa untuk kejayaan final exam
yang lagi setahun jaraknya.

Ketika doa minta dilindungi dari azab neraka,
penuh kekhusyukan atau 'sekadar di bibir' sahaja.
Atau 
nak jadi macam yang tidak beriman
azab depan mata 
baru menyesal tidak berguna.
Na'uzubillah~

Ahhhhhh
Banyak lagilah.
Carik sendiri.
Dalam al-Quran pun banyak kali tertulis,
manusia lupa Tuhan ketika datangnya nikmat.

Say, "It is He who has produced you and made for you hearing and vision and hearts; little are you grateful." (67:23)

Saya dan kawan2 GEN11US 
nak exam Biochemistry 
Isnin, 17/6/2013
Doakan!

coret-coret:
Lebih khusyuk solat sunat hajat minta pass final exam with flying colors
dari khusyuk ketika solat FARDHU.
Lebih khusyuk sehingga tersedu-sedu solat sunat istikharah 
minta petunjuk nak kahwin dengan siapa
dari khusyuk ketika membaca al-Fatihah di dalam setiap solatmu. 

Allahu, tepuk dahi sendiri!
Malu lah dengan Rasulullah kalau macam nih. haih~
*geleng-geleng kepala

#saja buat post ringkas2 :p dah lama tak post. 
#Jom jadi insan berjiwa hamba ketika susah dan senang. 
#Selawat yok!

Sunday, April 14, 2013

Mansoura dan Bakul

بسم الله الرحمن الرحيم
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم


11 April 2013

beruzlah daripada warga Cairo dan seisinya
bermusafir ke Mansoura
dengan senior al-Azhar yang kenal pun tidak
mulanya hanya tahu nama sahaja
tapi
siyes lah
kadang-kadang buat kerja gila itu
menyeronokkan!

selepas istikharah
bertolak hari yang sama mendapat jemputan
untuk bermain bakul (read: basket)
di Mansoura

...............................................

12 April 2013

"Aimi, ganas sikit."
-Kak Zara

komen pertama after first half game yang pertama
selepas tu dah tak kena komen 'tak ganas' dah
err~

5 games dari pagi sampai petang
berbekalkan doa semoga Allah lindungi dari tercedera
 and ofkoslah kata2 semangat dari seorang sister yang stylo
(please take note that I just knew her less than 12 hours)
tapi cukup untuk boost semangat
diri yang agak kurang berkeyakinan ini
dah lama kot tak sukan
huh

kadang-kadang
kita perlu lari
dari dunia seharian yang sama 
untuk mencari Tuhan
untuk mencari diri dan kekuatan

seperti air
bertakung di tempat yang sama
akan kotor dan busuk

mengalirlah
dan cari tempat tujahan yang baru!

and ouh
Qawiyul Jismi
Kekuatan Badan
checklist muwassafat tarbiyah
yang sedang dituju laju-laju

"Aimi, you've got the ****** and you have to keep on playing."
-Kak Zara

basketball, kegilaan baru!


Dialog of the day:
"Aimi, awak dah burn." -cik Arha
grrrrrr~


-Alhamdulillah ya Allah for the awesome 'runaway'-


#Kak Zara, if you read this, just wanna tell you, you've been a great sister dan couch. May Allah bless you now, everyday and hereafter. I really enjoy those times especially in the game. Really!

#syukran Ayuni ajak akak pergi main basketball kat Mansoura. I'll cherish those moments very3 much. syukran awi awi

#Syukran kak Zati (syafaki Allah tangan yang fractured tu. hehe), kak Dayah, kak Yusra, kak Limah, kakak2 dari Sabah yang terlalu ramai hingga terlupa nama semuanya. Thanks for the warmth welcome. Team trip pulang yang comel, kak Tasneem, kak Lily, Kak Atul, Kak Hana and Atikah. 

#Congrats to team Arcanes and SMESH! dua2 team dari Cairo! cayalah!

#kadang-kadang, orang yg selamber itu lebih ikhlas menutur bicara. sehingga aku terpesona. tapi dah jumpa ramai yang berfikrah sama, tapi apabila menyindir, pedas menyakitkan hati. ingat, aku juga mad'u kamu yang punya jiwa, yang punya rasa. aku juga pelupa. *peace

#I wrote it so that I'll not forget this awesome moments. :)



Thursday, March 28, 2013

Sut Ali yang Beraura Negatif?

بسم الله الرحمن الرحيم


#memaksa diri untuk menaip.

hari ini mahu cerita pasal Sut Ali yang Bertenaga Negatif. lalalala~

"Sut Ali"?
Tuxedo kah?
kimono kah?
atau sut Superman yang dicuri Ali?
maka hipotesis kita...
Ali adalah Superman?!!
(ok fullstop! melalut selepas minum secawan teh hijau.)

Tuesday, March 19, 2013

9 years

بسم الله الرحمن الرحيم

*post tidak menambahkan kefahaman Islam. post biasa-biasa. sila jangan baca.

tadi telefon mama
bual-bual tanya khabar
nak skype
tapi terputus-putus
last-last hanya berbual melepas rindu
menggunakan Voip lah yang pasti
sebab skype seperti cemburu dengan kami
huh~

"ma nak kakyong balik tak tahun ni?" (bertuah punya anak tanya soalan camnih)

*senyap

"ma nak kakyong balik ehhhh~" (buat-buat happy)

"suka hatilah. mama tak nak paksa kalau kakyong nak rasa puasa di sana"

"kakyong balik kot. macam balik je"

dan senyap yang lama first tadi buat keputusan aku goyah
keputusan untuk tidak pulang beraya seperti sunyi
tidak berkobar-kobar
was-was seperti beberapa bulan kebelakangan ini

*sirah hidup yang tak femes. huh

bermula ketika diri baru 9 tahun
dalam keadaan bertatih menjadi remaja
berjauhan dengan wanita bergelar ibu
walaupun hakikatnya setiap bulan balik dalam sekali dua
tapi
tipulah
kalau semenjak 9 tahun tu
dan tahun-tahun selepas itu
tak membentuk 'seseorang'
dalam someone yang bernama Aimi Asrina

keras
degil
trying to be the best for my mom
tryig to survive as a girl and a sister
distance away
di hujung selatan Malaysia,
5 tahun yang mengajar di hujung tambak Johor
more than 300 km

siapa sangka
budak darjah 3
yang berjauhan dengan ibunya
kini sudah di Mesir
dan
sekali lagi
berjauhan dari ibunya
dan kini
sudah 20 tahun
(memang suka kan main jauh-jauh)

20-9=11

sudah 11 tahun
buat eksplorasi hidup berjauhan
11 tahun itu sekejap yang pahit
tapi manis yang lama
11 tahun yang mengajar
(tapi, tak tolak balik raya, balik hujung minggu, balik cuti akhir tahun la eh. hoho. ini semua poyo namanya)

ketika 9 tahun
itu paksaan
ketika 20 tahun
ini pilihan

dan mungkin 'jauh' itu yang buat semuanya indah
sebab rindu itu kan indah

terima kasih Allah
kerana mengurniakan aku ibu yang sentiasa kuat
dan menguatkan anaknya ini
yang lembik dan lembab
haih~
(mengeluh itu tidak baik. aku sendiri tidak suka mendengar manusia mengeluh sampai keluar bunyi haish, hoh, arghhhhh, alaaaaa~ tembak kang! senyap sikit! hoho)

tapi
aku tahu
kekuatan ini
kesemuanya
hanyalah dari-Mu
kerana-Mu

kekuatan kini
bukan kekuatan yang dulu
kini
ianya ditemani
keanggunan biah
pahit manis tarbiyah
ikatan ukhuwwah
dan cinta Allah

Ya.
kerana Allah cinta
kerana 'itu' tarbiyah itu ada
yang baru aku fahami ertinya kini
membuatkan aku tetap ke depan
kerana aku ada Dia
kerana Dia sentiasa ada

dan setiap kali
aku terbaca hadis
tentang seorang wanita yang tinggal
dengan 2 atau 3 anak perempuan atau saudara perempuannya
dan bersabar dengan kerenah mereka
akan dikurniakan ganjaran tinggal di Syurga bersama Rasulullah,
aku akan sedih T.T

mampukah
mama dapat ganjaran itu
walaupun aku duduk jauh-jauh? sobs2

Moga Allah kurniakan mama syurga. Allahumma Amiiiin~



#Time esok nak exam physio lah kau nak tacing2 en. Dush3
#I did wrote "jangan baca"!


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Sunday, March 10, 2013

Of Sabar

بسم الله الرحمن الرحيم
[kredit pokcik Google]

Hakikat sabar, 

satu anugerah yang tidak mampu dimiliki oleh manusia-manusia biasa.
kerana
bukankah Syurga itu dipagari dengan kesusahan
dan BERSABAR itu suatu benda yang susah, bukan?

koff koff
*berhabuknya blog ni. almaklumlah, blog futur. erk~

dalam al-Quran sendiri ada mencatatkan...

orang yang sabar 20 orang mampu mngalahkan jumlah yg lebih ramai.


orang yang sabar 100 orang mampu mengalahkan jumlah yg lebih ramai.

orang yang sabar 1000 orang mampu mengalahkan jumlah yg lebih ramai.

syaratnya apa?

SABAR.

Wednesday, February 6, 2013

Of Purdah, Niqab and Ninja

بسم الله الرحمن الرحيم

"Ninja!" panggilan ahli beit kalau pakai niqab arab.


[kredit: pak cik Google]

13/1/2012
My first day wearing purdah at Egypt
Hari Jumaat
Setelah meyakinkan mama untuk protection di negara aghab
Setelah doa istikharah berhari-hari
Setelah berhari-hari melakukan kajian (di internet je pun)