Jannah-mate Insya Allah

Tuesday, September 10, 2013

Niat: Baby First Step! Ecececece

بسم الله الرحمن الرحيم
"Aku nak jadi baik, ya Allah. Sungguh!" Bermonolog sendiri.
See the foot lah!


Saban tahun, ayat itu sahaja yang bergema-gema di dalam hati. Perubahan? Adalah sikit. Tak banyak. 

Bermula dengan bertudung walau di mana berada ketika tingkatan 1. Kalau dulu, time pergi jalan-jalan je pakai tudung. Pergi beli sayur, sidai baju, bebas, lepas. Dapat hidayah, Alhamdulillah.

Naik tingkatan 2, upgrade sikit. Sudah mula memastikan pakaian yang dipakai longgar. Pandang pakaian kanak-kanak sebelah mata. Alhamdulillah.

Tingkatan 3 pula, mula mencari tudung-tudung bidang 48. Labuhkan sikit dari biasa. Selesa. Mula-mula, keluarga tertanya. Lama-lama, mereka setuju je. Hati yang nak membeli ni pula kadang-kadang rasa berat hati meminta. Almaklumlah, nak beli sendiri, aku papa kedana, bergantung duit mak ayah je kerjanya. Alhamdulillah.

Masuk tingkatan 4, kawan dok sibuk tarbiyah cakap pasal kaki itu aurat. Kena pakai stokin kalau keluar jalan-jalan. Aku ni pulak, berasap je dengar. Bosan. Tapi, pakailah juga. Berjinak-jinak. Lama-lama aku rasa bahagia (cewahhh, ayat bombastik). Alhamdulillah.

Seluar dah longgar. Check! Tapi, still rasa tak safe. Naik tingkatan 5, try cari baju-baju yang labuh. Aim, nak tutup bentuk peha dan punggung. Mama yang teman shopping penat melayan aku tawaf mall. Exhausted but I'm addicted to changes. May Allah bless her, my lovely and patience mum. Alhamdulillah.

Habis SPM, aku try pakai stongan/ handsock/ hand guard. Mula-mula tu fikir, lecehlah benda ni. Aku rasa, pakai baju lengan panjang pun dah cukup. Tapi, try jugak lah pakai. Awal-awal, rimas. Lama-lama, kemas. Kemah boh! Alhamdulillah.

and I aim for changes for the better every year. 

but.... 
"seorang mukmin itu lebih baik dari hari semalam"

So, the idea of being a good guy is everyday. Get it?! EVERYDAY!!! EVERY SECONDS!!!

To be who I am now, it takes years. Fasa yang lama tapi puas! Hoyeahhh, I made it! Thank you Allah! 

Fasa perubahan adalah fasa yang menyeronokkan! Mendebarkan! Ececece. Some just need a few days or months. But, each and everyone yg anda nampak 'alim', 'baik' dan 'sopan' itu (as in my case, kena tambah 'kononnye') has their own stories to tell and adventures to face. and trust me, it's all worth it! Alhamdulillah. 

Even until now, the dialog is still the same. Sometimes, I do some adjustments yet it's still fun.

and I know He hears them. ALL the time. Hebat kan!

Guess what? I'm addicted to tarbiyah! I'm addicted to changes! and I'm confidence with myself! 

Hadza min fadhli rabbi. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

Your sincerely,
Cik Empunya Cerita

*cerita tiada kaitan sama ada dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Diadaptasi 95% dari kisah hampir benar. Dikorek-korek dari peti harta karun kisah silam.

.......................................................................

Segalanya 
bermula dengan niat
disusuli dengan usaha
dan percayalah
Allah akan permudahkan jalan seterusnya.

........................................................................

Tersebutlah kisah...

"Ya Allah, aku nak pakai baju labuh-labuh"
dalam diam aku bermonolog.

Cari blouse labuh...
jumpa!!!

Tengok harga,
pengsan.

"Mak aih, mahal gila. RM55!"

Tengok tabung,
kosong.

Mintak mak ayah,
malu.

Tapi,
aku papa kedana.
keluarga juga bukan orang berada.

Mintak jugaklah!
nak buat macam mana
aku tidak bekerja.

Bismillah....

"Mama, nak beli baju tu"

"Nah!"
Mama hulur duit.

mana mama dapat banyak duit.
musykil. musykil.
apa-apa pun Alhamdulillah.

Rupa-rupanya,
Allah murahkan rezeki kami,
mama telah dinaikkan gaji!
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

*adaptasi from fiksyen hampir benar. 
Do I have to tell this each time I wrote something =.=' 
But trust me. I experienced it before.
Allah will always show you the way if you want to be good.
It all started with a niat,
follow by will.
........................................................................

Jika kita percaya rezeki daripada Allah, 
kita tidak akan takut untuk cuba berubah.
Jangan bertangguh-tangguh. 
Teruskan usaha. 
Ini bukan masanya untuk kata 
'akan bertaubat di masa tua.'
Yakin hidup lama?

Percaya
Dia akan bantu
dengan syarat kita usaha

Percaya
dengan niat yang padu
dan Dia
akan tunjukkan jalannya

Percaya
Percaya
dan
Percaya
Dia Maha Mendengar
Maha Memberi
Mah Berkuasa

May Allah bless me and you with
friends
family
and a wonderful place
to enjoy your great changes.
Changes to seek Jannah!
Changes to seek mardhotillah!
Be proud of it!

and remember,
to purify your niat
as it's a baby first step
how cute is that ^_^

May Allah ease.

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah
Sollu!
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

No comments:

Post a Comment