Jannah-mate Insya Allah

Saturday, May 5, 2012

Untuk AWAK yang nak berubah

Bismillahirrahmanirrahim...

"Syaitan menghiasi depan wanita pada dadanya, 
dan menghiasi belakang wanita pada punggungnya"

[bayangkan scene nih..heheh]

nak cerita
aku berjalan pulang dari uni dengan Aida
lalu depan kedai *qahwah 
port lelaki arab hisap shisha (eh, betul ke eja nih -.-)



"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." 
(Riwayat Bukhari dan Muslim).


dari arah bertentangan
anak dara arab sedang berjalan 
langkahnya melenggang dengan senyuman
berbaju ketat membalut badan
walaupun aurat tidak kelihatan


lelaki arab terus menghisap shisha
namun mata terpaku pada mereka (anak dara arab)
tidak tertutup, tidak berkelip
namun pandangan itu sangatlah pelik
mereka memandang penuh perhatian
dari hujung jalan ke hujung jalan
tak kurang juga yg dengan senyuman
sambil kaki yg vibrate tanpa paksaan


watde???? =='

Astaghfirullah~


saya dan Aida saling berpandangan 
perlukah kami meneruskan perjalanan?
merentas jalan yg penuh syaitan 
yg menghias wanita pada pandangan
 membisik di telinga lelaki nafsu keduniaan

kaki terus melangkah
kaku dan keras
hati kami gundah
jiwa kami resah
dek mata-mata yang liar tidak terarah
(cehhh, macam ayat drama pulakk ><)


HATI berdoa  sambil berjalan
mengharapkan dariNya perlindungan
dari pandangan yg bukan-bukan


ubah jalan???
dah separuh jalan berjalan


me berjubah
Aida berbaju kurung
What do you expect us to do???
Run???
heh

 Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak 
perempuanmu dan wanita-wanita Mukmin: "Hendaklah mereka 
melebuhkan pakaian ke seluruh tubuh mereka. Yang 
demikian itu lebih baik, supaya mereka lebih mudah untuk 
dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah 
adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." 
(Al-Ahzab: 59)


TRUE...
Allah protects us
nothing happen
guys arab did nampak kitorang 
tapi buat dek je
mereka memandang ke tempat lain
dan terus menghisap shisha yang mengeluarkan asap
berkepul-kepul dan hilang ditelan udara sekeliling
plus, 
the vibrating legs stop
kami berjalan pulang dengan selamat
tanpa ada "pandangan liar" yang mengekori 
Alhamdulillah :)


and I remember Aida did said:
"Alhamdulillah pakaian kita macam ni"
bukan nak bangga
tapi bersyukur
kerana Allah kurniakan keinginan
untuk menyarung pakaian Islami
tanda Dia cinta
melindungi hambanya yang bergelar wanita
 daripada nafsu-nafsu dunia

Kesian kat guys tu
sebab tak dapat nak pelihara kesucian fitrah mereka


Kesian lagi kat girls tu
sebab tubuh mereka diratah mata lelaki berjiwa buaya

(tapi buaya tak salah -.- okeh, kita tukar)


sebab tubuh mereka diratah mata-mata 
yang bernafsu dunia

kerana 
kalau nak cakap tak dapat hidayah
Allah dah beri petunjuk lama dah
terpatri dalam Quran dan Sunnah
sejak 1400 tahun lebih yang sudah
tentang tatacara pakaian Islam yang indah
yang melindungi diri dari fitnah
yang memberi ketenangan jiwa dan memelihara maruah


Untuk AWAK yang nak berubah
berubahlah
yang baik itu fitrah
yang jahat itu nafsu
perlukah masa ditangguh dahulu
sedangkan mati bila, kita pun tak tahu


bila rasa nak berubah
jangan berseluar terus berjubah
bukan melarang bukan menegah
tapi fitrah
berubah itu payah


buat AWAK yang nak berubah
ubah lah sikit-sikit dan istiqamah
yang singkat-singkat, labuh-labuhkan
yang ketat-ketat, longgar-longgarkan
yang terdedah, tutup-tutupkan


insyaAllah 
jalannya akan menjadi semakin mudah
pedulikan manusia yang suka melatah
apabila melihat orang berubah
dia ketawa berdekah-dekah


AWAK yang nak berubah silalah tabah
kuatkan mujahadah
pusatkan istiqamah
memang jalan menuju Jannah
jalannya payah, penghujungnya indah
kerana sunnah
yang DIPERINTAH susah, yang NAFSU mudah




...Hendaklah mereka (perempuan yang beriman) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada mereka...
(An-Nur : 31)

Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis . Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah didatangi haid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.
(Riwayat Muslim dan Bukhari)

“Dan siapa yang bermujahadah kepada Kami, Kami akan tunjukkannya jalan Kami…”
[Al Ankabut 29: 69]


Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: [1] Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan [2] para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta. Wanita seperti itu tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.
(Hadith Riwayat Muslim) 




Coz He LOVES u
He sends the FEELING to CHANGE FOR GOOD
Can't u feel it girlfriend???
so, GRAB it while u can
 ^_^Y *peace


Ilham hati:
AWAK menjadi sumber inspirasi,
manakala Dia yang menyalurkan ilham di HATI.
Merindui proses untuk berubah ;)

...Alhamdulillah atas segala taufiq dan hidayahMu...

*qahwah (disebut "ahwah" jika di Mesir)= kopi

4 comments:

Zubaidah said...

suke entry nie so much! yupp2, hidayah tu tak perlu ditunggu, tapi utk dicari kan??? jd alasas pntu hati x terbuka tu susah la nak terima.... sy pown dlu pkai yg bukan2, x tutup aurat, tapi skrg alhamdulillah, Allah buka pintu hati saya skrg:)

Cik Hati Rapuh said...

Alhamdulillah krn menjadi mereka yg terpilih utk menerima hidayah, itu tanda Dia cinta :)

Anonymous said...

Why kita tak buleh berubah secara drastik ek? Kenapa perlu berdikit-dikit?

Cik Hati Rapuh said...

normal :)
kalau kuat, berubah secara drastik itu lebih baik.

pengalaman sdr, proses perubahan itu sukar dan mengambil masa yang lama untuk adapt. proses yang menyeronokkan.

tapi kalau tak start skrg, bila lagi? ^_^

Post a Comment