Bismillahirrahmanirrahim
Aku wanita
yang ingin dicintai
yang ingin dipuja
yang ingin dipuji
kerna aku wanita
aku mengerti mengapa perasaan itu ada sedemikian rupa
kerna fitrah seorang wanita
ingin menjadi perhatian semua
namun
kecenderungan kepada siapa dia inginkan perhatian berbeza
kerana
wanita juga berbeza
ada wanita pemalu yang muslimah
ada wanita moden yang bermegah
ada wanita miskin yang bermaruah
ada wanita pelupa yang hilang arah
aku wanita
dan aku juga berbeza dari wanita2 lain
wanita itu ZINA!!!
apa itu zina?
HIASAN
apa yang engkau faham tentang hiasan?
INDAH
MAHAL
CANTIK
INGIN DIPERAGAKAN
INGIN DIMILIKI
LIMITED EDITION
itu hanya sedikit yang mampu aku kaitkan dengan wanita
sedangkan
jika hati penuh cinta
hiperbola mampu dituturkan tanpa sedar
untuk menjelaskan betapa indahnya wanita
betapa agungnya keindahan seorang wanita
jika tidak
tidak akan termakna Sonnet 18
karangan William Shakespeare
tentang keindahan cintanya
yang tidak akan pudar selagi puisi hatinya dibaca
jika tidak
tidak akan wujud
rancangan Miss Universe
untuk menzahirkan keindahan wanita
secara keterbukaan melampau
menjaja keindahan demi perhatian palsu penuh keduniaan
jika tidak
tidak akan lengkap
sebuah filem cinta
tanpa wanita yang menjadi taruhan jiwa dan raga
hingga manusia sanggup bermusuhan, berbunuhan
kerna wanita itu
begitu indah Allah ciptakan
dan tanpa sedar
wanita juga
telah menghilangkan sebuah makna keindahan
pada dirinya
apabila dia menginginkan dunia
namun
dalam keindahan wanita
aku geram dan benci pada mereka yang memperguna keindahan wanita
lihatlah
tafsirlah
carilah makna pada penghayatan dengan mata hati
pada alam sekelilingmu
sedihnya aku melihat kaum sejenisku dipermainkan
oleh kaum berlawanan
dan tidak lupa juga kaum sejenis
yang rakus memusnahkan kaum sendiri
aku berjalan
dan aku terlihat sebuah iklan
gambarnya
wanita memakai baju menampakkan dadanya yang gebu terbuka
dengan sesusuk tubuh dibaluti baju ketat
dan jarang dek benangnya yang kurang mampat
aduh sedihnya
engkau tertipu dengan kecantikanmu sendiri
aku berjalan
dan berhenti di kedai2 tepi jalan
terlihat jualan2 produk kecantikan
dan sekali lagi
gambar wanita menunjukkan separuh belakang badannya
tanpa seurat benang
menjaja diri untuk melariskan barang
konon produk tersebut memutehkan~
aku berehat
bermalas-malasan sambil menonton televisyen
dan sekali lagi
kulihat wanita dipermainkan dengan kecantikan
walau hanya pada sesusuk tubuh yang dilukiskan
aku mengerti pelukis tersebut berdasarkan lukisannya
dia menghamburkan fanatiknya pada wanita
melalui keindahan dari sesusuk tubuh angan-angan
dengan melukis kartun yang seksi dan mengghairahkan
dan tanpa kita sedar
kartun tersebut dilihat oleh adik-adik kita yang sedang membesar
generasi ummat Muhammad S.A.W. yang seterusnya
aku bermalas-malasan lagi
lantas membuka TV
Anugerah tuuuuuuutttt bersiaran
dan teka
siapa yang menjadi perhatian
WANITA!
WANITA!!
dan WANITA!!!
dan kali ini
mereka yang memperaga diri mereka
dan aku?
aku tumpang simpati
dengan kejahilan mereka
dan sedih dengan ketidakpedulian aku pada
kaum sejenisku
WANITA
membuka muka buku
dan terkesima dengan keindahan sahabat2 sejenisku
indahnya mereka
namun
sayang berjuta kali sayang
mereka menayangkan keindahan diri mereka
lebih sedih
jika kecantikan mereka yang sepatutnya
dipelihara dan dilindungi dari pandangan
diperagakan
ditayangkan
dilike-likekan
dikomentarkan oleh mereka2 yang bermulut dunia
dipuja-puja oleh mereka yang berjiwa nafsu
aku kebosanan
mencari pengisian pada video2 di "tiub awak"
dan teka apa yang kulihat
WANITA
WANITA
dan
WANITA!!!
Allah...
wanita itu inginkan perhatian
tapi
kepada siapa perhatian itu ia inginkan
itulah yang akan menentukan siapa dirinya
jika matlamat cintanya pada dunia
maka dia akan menjadi milik dunia
jika matlamat cintanya manusia
maka zina akan berleluasa
jika matlamat cintanya adalah kekayaan
maka lelaki-lelaki kaya akan menjadi lemah di ribaan
jika matlamat cintanya adalah Allah
maka hidupnya, matinya, ibadahnya, keindahannya
hanyalah milik Allah
dan Allah
tidak akan membiarkan dia keseorangan
kerana Allah adalah kekasih yang paling mengerti kekasihnya
dia akan menghadiahkan seseorang yang istimewa
sebagai memenuhi fitrah seorang hamba
yang bergelar wanita
dan tanpa perlu aku ungkapkan makna berlebih-lebihan
kamu pasti mengerti
siapa mereka
dan apa yang mereka dambakan
jika anda wanita
lindungilah dan pimpinlah wanita
kerana dirimu begitu berharga
kerana diri mereka juga begitu berharga
kerana
kita WANITA
seharusnya saling melindungi dan menyayangi antara kita
jika anda lelaki berwibawa
dengan tegas kunyatakan
lindungilah dan pimpinlah wanita
kerna
kalian PEMIMPIN UMMAT
dan wanita adalah sebahagian darinya
yang fitrahnya dari tulang rusuk yang bengkok
dipaksa tegak, patah
dibiarkan, tidak berubah
dan tanpa wanita berstatus isteri
impian memenuhi separuh agama kalian hanyalah
angan-angan~
1 comment:
btol tu. wanita yg btol2 cntik is wanita yg menjaga auratnya, lelaki yg btol2 gagah is lelaki yg boleh melawan nafsunya
Post a Comment