بسم الله الرحمن الرحيم
[terjumpa dalam buku nota]
kekosongan hati mengetuk
keriangan dunia terasa menyepi
hati yang girang merintih
membuat aku tersentak
dan menatap hiba
tika hadirnya cahaya
hadir jua bayang-bayang kejahatan
mengikuti walau di mana berada
ada ketika
aku tertunduk
diam berfikir
hendak berlari
bebayang itu tak akan pergi
Dia
sentiasa ada bersamaku
tapi aku yang sering terlupa
terlupa untuk menghadap
menjejak cahayaNya
yang sentiasa bersinar di setiap penjuru
Ya Allah
bila masa itu akan tiba?
tika jiwa ini tunduk
hanya padaMu
berserah diri untukMu
mencintaiMu dengan setiap perlakuanku
Aku dalam kebingungan
mencari tika bersendiri
bukan kerana menyepi
tetapi
mencari
bersendiri
agar dapat kurasakan
cintaMu padaku hanya untukku
tika aku kebingungan
tika aku kelalaian
tika dalam kealpaan
peganglah hatiku, Ya Allah
agar tidak aku jatuh dalam kehinaan
Ilham hati:
Amalin ada cakap
Amalin ada cakap
bersyukurlah apabila rasa 'kekosongan'
sebab
itu tanda Allah masih cinta kita
tanda Dia mahu kita mencariNya semula
:)
...Alhamdulillah...
...Alhamdulillah...
1 comment:
alhamdulillah, DIA masih mahu memberi rasa kosong itu.. dari membiarkan hati terasa penuh walau tanpa kehadiranNya.
Post a Comment