Jannah-mate Insya Allah

Wednesday, May 23, 2012

HIDAYAH: Cari jangan tak cari!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

"Ya Allah, bagi aku hidayahMu"

-monolog-

penat. diam. murung.
malam tu kak Husna dan Kak Naz datang.
*Tadabbur ayat bersama.

Kak Husna: Nak kongsi ayat. Surah al-Ma'idah, ayat 35, mukasurat 113.

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah (berjuanglah) di jalan-Nya, agar kamu beruntung. [5:35] 


perghhhh~
memang makan dalam 
dapat jawapan malam tu juga
CARI!!!
jangan tunggu minta disuap je
manja sangat dah ni =='
pemalas~

betul lah orang kata
Mesir ni bumi berkat
ramai para sahabat yang pernah masuk ke negera Mesir
negara tempat lahirnya ramai ulama' dan cendekiawan Islam

negara di mana TARBIYAH itu DIRECT!!!
selalu dapat jawapan direct... Alhamdulillah~



"Jika kita berdakwah dan menyertai jemaah untuk menerima, maka kita sering tertumpu kepada kelemahan. kita meletakkan expectation untuk menerima yang terbaik dari jemaah yang kita sertai. hakikatnya tiada jemaah yang bebas dari masalah, maka kita terus berada di dalam pencarian yang menjemukan. lantas mungkin bertindak melarikan diri kerana ‘putus asa’ dengan realiti yang ada.

Tetapi jika kita menyertai jemaah untuk memberi, maka kita terus sahaja memanfaatkan keterlibatan kita dengan jemaah yang kita pilih, dan lebih menumpukan diri kepada peranan dan bukannya hak penerimaan. Jika jemaah itu berpotensi, maka dia memainkan peranan dengan memberi idea, tenaga dsb. Jika jemaah itu sedang bermasalah, maka dia memainkan peranan dengan menawarkan diri sebagai sebahagian daripada penyelesaian
Melarikan diri dari realiti itu memenatkan. Anda menjadi pelarian yang tiada kesudahan."

Ustaz Hasrizal Abdul Jamil,
Blog Erti Hidup Pada Memberi (
www.saifulislam.com)

  



Persoalan:
Jika semua nak *tarbiyah siapa yang akan mentarbiyah?

Jemaah kurang tarbiyah atau kita yang manja sangat nak disuap sahaja dengan tarbiyah?

Kesimpulan:
Jika kita saling nasihat-menasihati,

tarbiyah-mentarbiyah 
maka tiada istilah kurang tarbiyah. 
Tiada istilah jemaah kurang tarbiyah
yang kurang adalah pemberi. 
Jika semua memberi, 
insya-Allah semua akan merasa. 
Jangan tunggu minta disuap je. 
Manja sangat dah ni~


mood: malu sebab malas nak cari pengisian untuk hati sendiri -.- dah fragile tuu, buat la cara fragile >.< nak perasan gagah pulak


---> Jzkk kak Husna dan Kak Naz ^_^ May Allah bless

*Tadabbur= menghayati
*Tarbiyah= didikan yang membentuk peribadi Islami


...Alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment