Jannah-mate Insya Allah

Wednesday, July 18, 2012

Of NoCA and Ukhuwah

#music mood: One Big Family- Maher Zain (klik untuk mendengar)
(Uswah kata ni lagu terakhir time NoCA yang dia dan Hidayah pasang. nice~)

our big family at Cairo, Egypt

بسم الله الرحمن الرحيم
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم


Night of Cultural Assimilation (NoCA)

10 Julai 2012. GEN11US first dinner. hoho. Agak lambat post nih sebenarnya. Setelah bloggers GEN11US yang lain sunyi dari post2 tentang NoCA, kini giliran saya pula untuk menyingkap semula down memory lane kami.

Menjadi sebahagian daripada penggerak kepada majlis yang gilang-gemilang ini telah mengajar saya banyak benda. Dari skill komunikasi hinggalah skill pengurusan masa. Tapi, sungguh skill pengurusan masa masih lemah. Jujur -.- (cessss. kenapa sungguh skema karangan pada malam ini)


NoCA mencipta memori tersendiri bersaksikan Sg. Nil

Setelah kehadiran VIP, majlis dimulakan dengan bacaan doa dan bacaan suci ayat-ayat al-Quran surah al-Hujurat ayat 9 hingga 13. Kumpulan ayat ini sengaja dipilih oleh Pengarah sebab ianya membincangkan tentang ukhuwah. Rugilah kalau tidak dihayati sedalam-dalamnya surat cinta dari Dia untuk GEN11US pada hari itu.

okeh, skip terus ke gimik. haha. kilmaks dinner. 

gimik pengsan yang sepatutnya menjadi tazkirah kematian, pengisian terakhir sebelum mengakhiri dinner dengan bergaya dan ofkos tazkirah terakhir sebelum balik kampung ke Malaysia.

yup. gimik penutup. gimik yang menguji ukhuwah ini. gimik yang penuh hikmah jika dilihat dengan mata hati.

mr. gimik telah menggunakan skill lakonan 'box office'nya untuk menutup tirai majlis. maka, ramai yang cuak termasuklah saya yang sepatutnya terlibat dalam urusan gimik. erk~

Malam tu, tak terkilan pun sebenarnya dengan gimik yang tak menjadi. (bukan tak jadi, terlebih jadi). Tapi lebih kepada sedih sebab ingat ada ahli GEN11US yang sakit. (sebenarnya nak tulis keliru, sambil kata-kata yang berlegar di ruang minda "ni gimik ke real nih?")

Tak terkilan pun sebab yakin ada sebab Dia buat ending macam tu.

Jika Dia tak buat ending macam tu, mesti malam itu kami pulang dengan gembira, lalai dan lupa kat Dia.

Jika Dia tak buat ending macam tu, pasti dinner hari tu berakhir seperti dinner-dinner lain yang biasa.

Jika Dia tak buat eding macam tu, pasti ukhuwah ini akan kekal di bibir sahaja.

“Perumpamaan orang-orang beriman dalam hal saling mencintai, mengasihi, dan saling berempati bagaikan satu tubuh. Jika salah satu anggotanya merasakan sakit maka seluruh tubuh turut merasakannya dengan berjaga dan merasakan demam.”(HR. Muslim)

Maka, saya rasa, akhawat yang telah membacakan surah Yasin untuk mr. gimik sepatutnya dipuji tahap ukhuwahnya. hebat!

Maka, para ikhwah yang tidak tahu menahu tentang gimik tersebut dan menolong mr. gimik yang telah 'pengsan' seharusnya dipuji semangat kekitaan mereka. osem!

Maka, mereka-mereka yang risau dengan khabar hangin tentang darah mr. gimik yang 'agak kurang sihat' seterusnya mendoakan kesejahteraannya dan kesejahteraan GEN11US kesemuanya, barulah membuktikan ukhuwah yang gojes.

Tapi, still 'ukhuwah fillah' itu tak boleh sekadar dilahirkan pada bibir sahaja. Perlulah dibuktikan dengan perbuatan sekali kan. dan Dia akan terus-terusan menguji ukhuwah ini untuk terus mengukuhkannya.

Kalau pepatah Inggeris ada berkata, "Actions speak louder than words" *wink2

Teringat kata-kata seorang sahabat,
 "Jika ukhuwah dan tarbiyah bersatu, mehnah tak akan lagi diam membatu"

Ukhuwah ini akan terus diuji dan diuji dan diuji. Itu memang Dia dah janji.

Syaitan pun tak akan berdiam diri.  Menyesatkan manusia memang hasrat tertinggi. Melihat perpecahan lagilah dia ketawa senang hati.


“Serendah-rendah martabat ukhuwah ialah apabila kamu berlapang dada (salamatus sodr) terhadap saudaramu (bersangka baik), dan setinggi-tinggi martabat ukhuwah ialah apabila kamu meletakkan saudaramu lebih utama daripada dirimu sendiri (ithar).” 
-Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna

Gimik. Ada orang suka, ada orang tak suka. Ada jugak yang jenis sempoi je. Tapi rugilah kalau yang melihatnya kosong, tak dapat ibrah apa-apa.


Kepada yang tak suka gimik, inilah masanya di mana serendah-rendah ukhuwah kita diuji (salaamatus sodr). Mampukah untuk berlapang dada dan menerima seadanya dengan hati yang terbuka.

Anggaplah gimik itu sekadar gurauan. dan bercakap tentang gurauan, pernah terbaca hadith yang mengatakan bahawa Rasulullah suka kepada mereka yang mengelakkan unsur-unsur penipuan dalam bergurau (peringatan ni untuk diri saya jugak -.-)

Hadith di bawah pula telah dipetik dari buku 'Penawar Bagi Hati' karya Syeikh Abdul Qadir.

"Sesungguhnya aku juga melawak dan tidak akan cakap melainkan perkara yang benar."
(Diriwayatkan oleh at-Thabrani daripada Ibnu Umar RA)

Bila ada yang cepat melatah dengan kejadian yang berlaku, masa inilah kita akan dapat lihat mereka-mereka yang berusaha untuk menjernihkan kembali keadaan. Mereka yang mempunyai rasa tanggungjawab untuk merapat-rapatkan kembali retak yang cuba menjadi jurang dalam ukhuwah ini, mereka yang sayangkan GEN11US!

“ Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat..”
(Al-Hujuraat 49:10)

Banyak kerenah yang dapat kita lihat dalam GEN11US. Banyak keletah yang boleh kita pelajari sebagai persediaan menjadi doktor dan daie untuk ummah. 

and ofkos dalam pening-pening melayan perangai manusia, Dia sahaja yang paling memahami perangai hamba... sebab kita kan hamba ciptaanNya. 

“Seorang mukmin terhadap mukmin (lainnya) bagaikan satu bangunan, satu sama lain saling menguatkan.” (HR. Al Bukhari dan Muslim).

Debat 'Ikhwah VS Akhawat' pula jika dilihat dari sisi hikmah, terlalu banyak yang kita dapat. Setiap suatu jantina tu memang Allah dah letakkan kelebihan tersendiri. dan tugas kita pula adalah menyeimbangkan kelebihan dan kekurangan antara satu sama lain untuk terus memajukan batch, agama dan negara.

Contohnya, ikhwah angkat barang-barang akhawat yang nak pindah rumah, akhawat pulak sediakan makanan and minuman. eventhough ikhwah still nak cakap diorang punya masakan lagi sedap. haha

Kalau tanya saya antara ikhwah dan akhawat siapa yang hebat, pastilah saya akan cuba memenangkan kaum sendiri. uhuks.

Benarlah orang kata, tarbiyah di Mesir Allah bagi direct.

Baru Dia jentik. Belum lagi cubit. Itupun ramai dah menggelabah.

To doctors-to-be GEN11USians, agak-agak kalau dok kat ER nih camne? Baru je orang pengsan dah kaku  tak tahu nak buat apa (ketuk kepala sendiri). Belum lagi pesakit yang datang putus tangan, putus kaki.

and maaflah kalau entri ni mengguris hati sesiapa. hanya ingin membincangkan hikmah secara terbuka. kalau ada yang rasa tak senang di hati, pm me okeh. 

mask on.

Habis dinner, sungguh sungguh sungguh bertambah sayang dengan batch GEN11US ^_^

Coret-coret:
Ingatkan pulang dengan hati yang riang seusai selesai menggalas tanggungjawab sebagai AJK dinner, tapi ternyata tidak, pulang pula membawa segunung amanah di atas bahu.

Semoga tugas baru ini menjadi suatu bentuk tarbiyah dariNya untuk digunakan pada hari-hari yang mendatang.





...Alhamdulillah to be born among the GEN11USians...



#err. sumber hadith-hadith tentang ukhuwah kopipes dari Kumpulan Hadits dan buku 'Penawar Bagi Hati'.

5 comments:

Syahira. said...

fuhh mantappp ilham yang Dia bagii. mubaraka 3leik :)

Cik Hati Rapuh said...

:) هذا من فضل ربي

D r . A I D A said...

alhamdulillah. to be born among of youu :)

Cik Hati Rapuh said...

^_^ alhamdulillah

fatiah aisha said...

:) osem !
May Allah bless~

Post a Comment