بسم الله الرحمن الرحيم
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم
#music mode: Aisyah Humaira- UNIC
hari ni nak bercerita... cerita sedih.
hari-hari terakhir di Mesir
berlalu dengan macam-macam perkara
tapi yang paling sedih
pasti cerita di hari terakhir
hari di mana kesedihan terkumpul sekian lama
yang disedihkan
bukanlah rezeki yang tertulis hilang
tapi harga diri
yang seperti diinjak di hadapan orang ramai
yang disedihkan
bukanlah rezeki yang memang tercatat
bukan milik diri ini
tapi kepercayaan orang yang bagai hilang
terhadap diri sendiri
tak tahu salah siapa
mungkin aku yang khilaf tercicir di mana-mana
nak salahkan pak cik tua
mulutnya laju menyebut nama si Dia
menyumpah di hadapan al-Quran yang mulia
mungkin
sengaja Dia hilangkan
dengan kekuasaan *kunfayakun
menduga
atau mungkin jua sebagai kafarah dosa
dek hati yang lumpuh dan hina
rasa seperti diftnah
rasa seperti dihina
it's a confession I know
mengharapkan antum semua tidak membacanya
coz it's about my life
sedangkan
tugas aku sebagai daie
bukanlah menceritakan biografi hidup
seorang insan kerdil seperti aku
hari ni masak apa~
tadi buat apa~
ambik gambar buat kari ikan dan post kat fb
erk~
tapi mungkin ingin ajak berfikir...
mengharapkan kesedihan ini tidak akan hilang
mengharapkan sakit ujian ini akan meninggalkan parut
kerana
biar ada tanda
biar selalu ingat kat Dia
bila kita lalai dalam keimanan
tak sedar dalam diam
hati dah berkulat, hitam
malu dengan orang Mesir
sebab tak dapat nak hilangkan rasa sakit hati
tapi
bila difikirkan balik
mungkin khilaf sendiri
tak berhati-hati
bila fikir balik dua tiga kali
mungkin juga salah sendiri
tak cari Allah dulu time dah terkena
tapi terus cari kesalahan manusia
terus cari kawan-kawan
tapi lupa kat Dia yang Maha Kuasa
sebab tu Dia hijab benda yang ada
buat masa ni
hanya melayan perasaan terkilan dengan diri sendiri
sebab tak berhati-hati
mungkin Allah nak ajar sesuatu
mungkin ada hikmah yang tersembunyi
baru tahu betapa sakitnya kena accuse
tapi sebab tahu Allah itu maha adil
I'm looking forward for the truth during the judgement day
hari bila semua rahsia terbongkar
dan
bertemankan doa
semoga Allah mengampunkan diri ini
andai kejadian yang menimpa adalah kerana khilaf
dan dosa sendiri
“ Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat..”
(Al-Hujuraat 49:10)
terima kasih ahli beit yang sentiasa kemas di sisi
terima kasih kepada jiran Malaysia yang membantu menenangkan keadaan
moga kalian semua dinaungi rahmatNya sentiasa
Allah yubariku fikum
#terasa nak sangat cakap dengan pak cik tua: !!!طلبة ماليزي امانة
bukak blog sahabat-sahabat, terjumpa ayat comey kat blog Cahaya Hati Kita
"kita sangka Allah benci kita, sebab dugaan demi dugaan menimpa... sedangkan kita tak tahu, sebab Allah cintakan kitalah, dugaan dan musibah menimpa. Kadangkala kita gagal syukuri nikmat musibah itu. Ulamak dan para wali sangat bimbang dan kuatir andai mereka tidak didatangkan ujian."Allah yang ilhamkan hati untuk membacanya :)
anw, kalau orang buat salah dengan kita
sebaik-baiknya adalah pemberian maaf
yang dalam kes ni,
saya tak tahu salah siapa
hmmmm~
coret-coret:
seriously, self-confidence dah merundum tahap debu-debu yang diinjak
nak stay macho tapi hujan pulak tiba-tiba. erk~
#kalau start membaca tak mulakan dengan Bismillah dan selawat, sila mulakan semula pembacaan anda. Nak dapat pahala senang je, kenapa tinggalkan?
...Alhamdulillah dah sampai Malaysia dengan selamat...
*kunfayakun= jadilah, maka jadilah sesuatu itu (firman Allah dalam Surah Yaasiin 36:82)
3 comments:
aimi, stay strong. look forward for the hikmah!
iA sis :) Already missing u and the others GEN11USians~ <3
1. free2 dapat pahala sabar.
2. dapat kenal macam2 lagi sifat hamba Allah.
3. banyak kenal hamba Allah, lebih kita kenal Allah (sebab sifat2 Allah ada umpama puzzle dalam setiap hambaNya)
4. jadi ilham untuk buat artikel yg buat orang lain berfikir.
5. banyak lagi ibrah, mungkin tuan punya badan boleh tulis kot :)
p/s : hakikatnya benda yang kita sangka sakit dan memalukan di dunia ini boleh jadi jalan untuk lebih kenal Dia..ada ke wali Allah yang tak pernah difitnah?diuji dengan teruk?
bila Dia uji, buka surah Hud ayat 3..dan berjalanlah balik penuh macho bergaya.
Post a Comment