بسم الله الرحمن الرحيم
#mood lagu: Adakah Kau Lupa (klik untuk mendengar)
Motivator: awak sanggup kalau kena hantar untuk pertahankan Palestin? Lawan Israel?
Semua: Sangguuuuuuuuup~
Motivator: Betul ni? Tak takut mati ke?
Semua: Taaaaaaak~
Jawapan cliche pelajar-pelajar sekolah. Jawapan sahabat-sahabat saya. Jawapan saya. Erk~
Jawapan budak-budak sekolah ketika menyertai program Peduli Palestin atau yang sewaktu dengannya. Program yang biasa dijalankan di sekolah.
Saya rasa semua pernah menyertainya. Program yang memaparkan gambar-gambar wanita dan kanak-kanak menangis, gambar-gambar para syuhada' yang ditembak secara dekat dan zalim oleh musuh-musuh Islam. Gambar Palestin yang berdarah!!! Gambar SAUDARA kita!!!
Gitaris Bunkface yang sudah berhijrah |
Rasanya, tak sampai 5% pun tahap kepercayaan motivator tu kepada kami. Entah-entah 1% pun tak sampai. Kenapa? Budak-budak~ Cakap je pandai. Tepuk dahi. Sebab diri sendiri pun belum tentu mampu berdiri walau untuk 5 saat di hadapan musuh. Allah~ Malunya.
Sedar tak, ramai yang dah kembali kepada fitrah? Kembali kepada hidup Islam yang sebenar. Ramai yang dah sedar, hidup bukan sekadar di dunia tapi ada akhirat yang hakiki menunggu. Dan sedar tak sedar, ramai jugak artis-artis dan remaja kita yang telah kembali kepada fitrah kehidupan iaitu hidup beragama. Alhamdulillah :)
Ramai yang baru tersedar ketenangan hanyalah apabila hidup bertuhan, hidup dengan mengetahui Allah itu wujud dan sentiasa melihat. Tak kurang juga yang baru tersedar bahawa tidak cukup dengan hanya mengaku muslim. Kerana, Islam agama yang syumul dan perlu diamalkan dalam setiap aspek kehidupan, termasuklah politik.
No more Islam in masjid only. Islam is ad-deen. Islam is a way of life. Islam is for all. Khilafah Islamiyah is a blessed. En route Ustaziyatul 'Alam. insha-Allah :)
Solat Berjemaah
"Kami tak akan takut kepada ummat Islam selagi bilangan yang solat jemaah Subuh tidak menyamai bilangan orang yang solat Jumaat" -Yahudi
(Dipetik dari buku 'Misteri Solat Subuh' karangan Dr. Raghib as-Sirjani)
Fakta: Dalam kalangan ummat Islam seluruh dunia, 5% je yang pergi solat Maghrib berjemaah.
5%??!!! Je???!!! Seluruh dunia???!! waktu Maghrib?? Kalau Subuh?? Mak aih~ Payoh nih. Bila nak ketaq lutut Yahudi kalau camni? hew3
kenapa solat berjemaah??!!
Sebab solat jemaah itu akan menjadi punca kekuatan kita. Bukan sekadar kekuatan tubuh malah kekuatan tautan hati-hati kita. Unity is strength, divided we fall. Tak gitu? *double jerk.
Hate to burst your bubble. But this is not people praying at Mekah al-Mukarramah. This is Tahrir Square, Egypt, my second home. |
Yang tidur di tepi-tepi jalanraya, kanak-kanak seawal 4 tahun yang berlari-lari menjual tisu, ibu-ibu yang mengendong bayi-bayi meminta sedeqah simpati untuk mengubati anak mereka yang sakit, Pak cik arab yang tidak cukup anggota tubuhnya pula hanya berbekalkan qasidah merdu untuk secubit *'eish di pagi hari.
Maka, yang batil perlu dijatuhkan dan yang haq perlu dibangkitkan. Suara rakyat yang selama ini tidak didengari diganti dengan kuasa rakyat! Power of people!
and plus, diorang tak usaha tanpa doa je taw. They pray solat hajat and solat fardhu berjemaah kat Tahrir Square. Berdoa dengan sepenuh pengharapan kepada Allah di samping usaha dan semangat jihad yang tinggi.
their unity is amazing. I'm amazed. |
Duit Segenih Mesir pada 70-an 80-an bersamaan dengan RM5!!! Tapi sekarang, RM1 bersamaan dengan 2 genih Mesir. Beza banyak gila, serious!!!
Allah~ Sungguh tabah rakyat Mesir menanggung kedhaifan dan kesengsaraan akibat dari sikap tamak haloba pemimpin mereka.
Tapi, kalau nak suruh saya bercerita pasal Mesir dan kehebatan penduduknya, sampai esok pun tak habis rasanya.
What's the main point actually? Kesatuan!!!
Kesatuan yang hanya dapat dicapai jika kita hidup bermasyarakat, berjemaah dan yang penting SOLAT JEMAAH!!! Kenapa Rasulullah sangat mementingkan solat berjemaah? Kerana dari solat jemaah lah kita dapat menyatukan hati-hati ini. Membina rasa kebersamaan or rasa 'kita kan geng' :)
Dan saya rasa kesatuan dan semangat cintakan negara orang Mesir adalah kerana sifat mereka yang tak kira tua atau muda akan solat berjemaah di masjid-masjid dan sifat mereka yang amat amat amat mementingkan kerapatan saf. dan ofkos lah untuk memupuk 2 sifat tersebut kenalah solat 5 waktu kaaan. Sifat yang mungkin masih kureng dalam kalangan anak-anak kecil di Malaysia,
cara para Sahabat Rasulullah S.A.W. merapatkan saf bagi lelaki |
Rapat yang sungguh-sungguh rapat. Hinggakan kalau saya berjemaah di sebelah orang arab, kalau jauh sikit, nanti mesti akhawat arab tu akan tarik suruh rapat. Kalau solat sebelah seniors pun, mesti rapat gila.
Orang arab ni suka gaduh tau. Tapi diorang jenis gaduh yang tak bawak pergi balai. Nak gaduh, nak maki-hamun, maki sampai lapar balik (apekena mengena dengan lapar ek? LOL), sampai sakit anak tekak, tolak-tolak sampai tumbuk-tumbuk, berdarah. Tapi yang sweetnye, diorang tak gaduh lama-lama. (eventho gaduh is not a good habit. haih~)
Pagi gaduh teruk-teruk, petang dah boleh ketawa sama-sama minum kopi makan to'miyah. No back stabbing, no mengumpat-mengumpat, no balai-balai, no mengadu manja, no hard feelings, nothing!!! Mungkin sebab amalan solat berjemaah plus saf yang sangat rapat mejadikan tautan hati mereka kuat. Bersatu hati dan anggota.
Maybe just maybe, kurangnya kesatuan ummat Islam di Malaysia, adalah kerana masih kurangnya bilangan hati-hati yang bertaut erat hasil dari produk solat berjemaah di masjid.
"Akhawat kalau dah kahwin, jangan bagi suami korang duduk rumah je. Suruh dia keluar...... Eishhh~ mintak maaflah saya cakap ni, tapi antunna ni lah yang kadang-kadang penyebab utama lambat dakwah Islam itu."
-Ustaz Program Love Islam for Eternity (LIFE) PERUBATAN.
(erk~ rasa seperti ditikam bertubi-tubi)
kerana ade juga yang setelah berumah tangga, ramai yang dah liat nak jejak masjid. uhuks. Kalau taaak, mesti ustaz tak ingat kan kami awal-awal pasal benda nih. Apa tidaknya, diakui ramai bahawa adakalanya meomentum dakwah seseorang selepas berbaitul muslim menjadi lemah.
Sedangkan antara tujuan nak mendirikan baitul muslim adalah persediaan pula ke arah membentuk sebuah masyarakat muslim. (Bahaya nih cakap macam orang yang dah kahwin >.<) Kenapa perlu berdiam di tangga kedua maratib amal sedangkan boleh menapak setapak lagi ke hadapan?
#Moral of the story...
To ikhwah: Sila berjemaah di masjid-masjid atau surau-surau yang berdekatan.
To akhawat: Sila berjemaah di rumah dengan ahli bait dan hadeq-hadeq terchenta. Yang bakal berbaitul muslim atau sudah berbaitul muslim, paksa suami solat berjemaah di masjid.
Tak adil rasanya kalau ikhwah atau barisan pemuda yang gagah kena pergi solat jemaah pagi-pagi buta and akhawat just duduk rumah main masak-masak. Lagi-lagi kalau kat Mesir time summer, subuh boleh jadi seawal 3 suku pagi!!! hoho. Maybe akan ade post bertajuk "Akhawat yang Gagah". Insha-Allah.
Tahajjud VS Bola Sepak
Rasulullah, kalau nak letak para sahabat di saf pertama medan perang, pasti dan pasti dan pasti akan meletak mereka-mereka yang bertahajjud di malam hari.
Kerana apa? Kerana mereka yang bertahajjud di malam hari, mempunyai kekuatan rohani yang tersendiri. Bukan senang nak bangun malam dan gadaikan waktu tidur. Bukan senang nak lawan nafsu tidur. (tembak kat diri sendiri -.-)
Tentang bola sepak tu, saya tak nak debate banyak. Rasanya semua faham. Untuk mendapatkan syurga, melawan nafsu itu perlu!!!
"Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari (keinginan) hawa nafsunya, maka sungguh, syurgalah tempat tinggal(nya)."
(Surah An-Nazi'at 79: 40-41)Tak salah tengok tapi...err... entahlah. Semua dah besarkan, fikir-fikirlah sendiri. Tapi bukan nafsu tengok bola je. Nafsu makan, nafsu malas (tembak lagi kat diri), nafsu penat ngade-ngade dan etc.
Akhawat, jangan dok layan korea and K-pop je!!! Nanti banyak berangan je kijonye.
Majlis Ilmu VS Kursus Kahwin
Bila ada ceramah cinta, tak perlu berfikir dua kali, tak pandang kiri kanan, terus pergi. Kalau ada ceramah agama, mulalah alasan berjela-jela. Penatlah. Malaslah. Kaki bercagu lah. haih~
Adakah kita di antara mereka yang sibuk mengejar taman-taman syurga? (Ceramah UAI) |
Inilah yang Ustaz Hasrizal klasifikasikan sebagai 'gedik' dalam artikelnya yang bertajuk Fitnah Cinta Ukhti Barbie dan Akhi Ken.
Gedik. Sebab lagi suka post pasal cinta dari pasal agama. (tak pun post pasal cinta yang bersangkut-paut dengan agama.)
Gedik. Sebab suka bual pasal kahwin dari menyediakan diri untuk membina baitul muslim yang kukuh untuk membina ummah dan melahirkan pejuang-pejuang Islam.
Gedik. Sebab lebih suka post dan bincang pasal masalah hati dari berusaha untuk menghindari punca penyakit hati.
contoh post yang 'hati bermasalah' di fb:
"semoga hati nih yang merahsiakan cinta, menjadi jihad sebelum kita dapat disatukan bersama di syurgaNya"
LOL. Lepastu kejap lagi tulis pulak,
"sungguh hati ini merinduimu tapi kerana cintaku padaNya, ku gagahkan jihad cinta kita"
sekali lagi, LOL. euuuuw~ (haha. sorilah. agak rimas dengan post-post camnih. but I made up this one myself. hebat jugak side jiwang -.- erk~)
weih, orang lain pun ada fitrah mencintai (termasuklah saya. don't get me wrong I'm a person too), tapi perlukah untuk diungkapkan segala bicara cinta yang lebih memupuk rasa cinta kepada dunia daripada post-post yang dapat menyediakan kita kepada kematian yang tak pasti bila akan kunjung tiba. and ofkos, post-post yang dapat meningkatkan rasa cinta kepadaNya.
Tell Him direct kan senang. Tak perlu post-post bicara hati di fb. :)
#[kopipes dari iluvislam.com]
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :
Andakah yang Menggedixx itu?
Tanya lah. Siapa yang nak duduk di saf pertama andai perang antara haq dan kebatilan berlaku? Tanya diri. Aku kah? Ke... nak buat-buat sakit, buat-buat pening kepala biar dapat duduk tenang-tenang, aman damai di rumah? Makan cekodok lepastu terbongkang. =='
Malu weih, kalau kemenangan Islam tu dicapai and kita just goyang kaki and minum teh kat rumah. Menikmati kemenangan hasil penat lelah orang lain. Tak malu ke?
Sekali lagi tanya diri. Sanggup?
Kalau sanggup. Di saf ke berapa?
coret-coret:
Dalam peperangan akhir zaman, yang lemah akan mengalah menjadi pengecut. Yang kuat jiwa dan kepercayaanya terhadap Allah akan terus mara. Merindui syahid dan syurga yang dijanjiNya.
Isteri-isteri akan menjadi balu kerana suami mereka syahid di medan perang. Tapi tiada kesedihan di hati. Kerana mereka meletakkan cinta mereka untuk Allah mendahului segala-galanya. Mereka akan redha dan rindu untuk menghantar lagi wakil-wakil mereka untuk syahid di medan perang.
#video: Rakyat Syria yang bergembira menyambut kematian para syuhada' (mereka yang pulang kepada Allah dalam keadaan bersih dari dosa, kenalah happy ye tak?) tapi si pengecut Bashar al-Assad telah mengebom mereka. Ramai yang syahid telah hancur kaki, tangan dan badan mereka pada hari tu. Teruskan membaca doa qunut nazilah untuk ummat Islam.
Ramai yang telah syahid di Palestin dan Syria. Ramai juga yang akan syahid di seluruh dunia untuk menaikkan semula Islam. Palestin perlu dibebaskan. Khilafah Islamiyah menjadi matlamat utama. Bukan tujuan hidup untuk berperang tapi untuk mengembalikan rahmat ke seluruh alam.
Islam itu kan rahmatan lil 'aalamiin :)
yosh!! ayuh bangkit!! jangan jadi si gedix di akhir zaman!!! Khilafah Islamiyah mesti ditegakkan kembali!!!
#yang menulis tak sempurna, setiap yang ditaip telah awal-awal lagi ditembak ke diri sendiri, sedang mencari perisai kekuatan iman agar dapat terus mara tanpa terkena tembakan walau sedas, sedang bersedia untuk membentuk diri menjadi akhawat yang gagah juga. Agar khidmat bakti yang diperlukan ummah dapat dicurahkan sebaik mungkin ketika diperlukan ^_^ insha-Allah
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم
***to'miyah= sejenis makanan yang diperbuat daripada kacang
- Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
- Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
- Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al- Khaliq (Pencipta-Nya).
- Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
- Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."
Andakah yang Menggedixx itu?
Tanya lah. Siapa yang nak duduk di saf pertama andai perang antara haq dan kebatilan berlaku? Tanya diri. Aku kah? Ke... nak buat-buat sakit, buat-buat pening kepala biar dapat duduk tenang-tenang, aman damai di rumah? Makan cekodok lepastu terbongkang. =='
Malu weih, kalau kemenangan Islam tu dicapai and kita just goyang kaki and minum teh kat rumah. Menikmati kemenangan hasil penat lelah orang lain. Tak malu ke?
Sekali lagi tanya diri. Sanggup?
Kalau sanggup. Di saf ke berapa?
coret-coret:
Dalam peperangan akhir zaman, yang lemah akan mengalah menjadi pengecut. Yang kuat jiwa dan kepercayaanya terhadap Allah akan terus mara. Merindui syahid dan syurga yang dijanjiNya.
Isteri-isteri akan menjadi balu kerana suami mereka syahid di medan perang. Tapi tiada kesedihan di hati. Kerana mereka meletakkan cinta mereka untuk Allah mendahului segala-galanya. Mereka akan redha dan rindu untuk menghantar lagi wakil-wakil mereka untuk syahid di medan perang.
#video: Rakyat Syria yang bergembira menyambut kematian para syuhada' (mereka yang pulang kepada Allah dalam keadaan bersih dari dosa, kenalah happy ye tak?) tapi si pengecut Bashar al-Assad telah mengebom mereka. Ramai yang syahid telah hancur kaki, tangan dan badan mereka pada hari tu. Teruskan membaca doa qunut nazilah untuk ummat Islam.
Ramai yang telah syahid di Palestin dan Syria. Ramai juga yang akan syahid di seluruh dunia untuk menaikkan semula Islam. Palestin perlu dibebaskan. Khilafah Islamiyah menjadi matlamat utama. Bukan tujuan hidup untuk berperang tapi untuk mengembalikan rahmat ke seluruh alam.
Islam itu kan rahmatan lil 'aalamiin :)
#Sneak peak: Kemenangan Dr. Mursi dalam Pilihanraya Presiden Mesir yang mewakili Ikhwanul Muslimin menandakan kegemilangan Islam semakin dekat. Either kita nak jadi sebahagian dari pemenang itu ataupun tidak. Ayuh kita ambil semangat jihad mereka. Ayuh kita ambil semangat kesatuan mereka. We'll pray at freed Palestine insha-Allah.
#yang menulis tak sempurna, setiap yang ditaip telah awal-awal lagi ditembak ke diri sendiri, sedang mencari perisai kekuatan iman agar dapat terus mara tanpa terkena tembakan walau sedas, sedang bersedia untuk membentuk diri menjadi akhawat yang gagah juga. Agar khidmat bakti yang diperlukan ummah dapat dicurahkan sebaik mungkin ketika diperlukan ^_^ insha-Allah
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم
...Alhamdulillah dah siap karangan saya untuk hari ini. hoho...
***'eish= roti gandum orang arab***to'miyah= sejenis makanan yang diperbuat daripada kacang
4 comments:
panjang gile
I did say it was a 'karangan'...
odd name "amersayraf"???
sgt mantap karangan!uhibbuhi~syukran jazilan~tapi....ikhwah tu bukan ke untuk perempuan?mcm muslimah...mukminah....
ikhwah=lelaki,
akhawat=perempuan
panggilan di mesir :)
Post a Comment