Jannah-mate Insya Allah

Sunday, June 17, 2012

Hawa

بسم الله الرحمن الرحيم

Kaum hawa yang kusayangi kerana Allah
setitip nasihat buatmu kerna aku kisah
dengar-dengarkanlah
fikir-fikirkanlah
biarkan pahit asal kau telan
kerna yang manis tidak semestinya memberi kebaikan
kerna ku kisah ku tetap tuturkan


Kaum hawa yang kusayangi kerana Allah
yang tertutup terpelihara itu indah
yang kotor itu kerana terdedah
tutup-tutupkanlah
simpan-simpankanlah
kerana engkau begitu berharga
dijadikan bukan untuk nafsu semata
engkau pelengkap separuh agama

kerna dirimu hiasan dunia
fitrahmu malu penenang jiwa
namun jangan disangka lemah hatinya
dalam tangismu ada ketabahan
dalam sendumu langkahmu kau gagahkan
siapa sangka
lembutmu mampu menggoncang dunia
bernilai dirimu menjadi bidadari syurga
tapi andai di dunia kecantikanmu kau jaja
kelak di akhirat tiada berguna


--->Allah suruh tutup aurat sebab Allah sayang <3
**kopipes dari blog lama [290112]

...Alhamdulillah I am a muslimah...

No comments:

Post a Comment